Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Eksekutif gelapkan RM680,000 duit syarikat dijel 4 tahun di Melaka

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Eksekutif gelapkan RM680,000 duit syarikat dijel 4 tahun di Melaka

Jan 04, 2024 | 11:58 AM



MELAKA: Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat seharusnya dihukum penjara sejumlah 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas enam kesalahan pecah amanah dan menyalahgunakan wang majikannya berjumlah RM680,108.13 ($194,846), lima tahun lalu.


Namun selepas menimbangkan fakta kes serta hujah kedua-dua pihak, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Jun 2023, sekali gus tertuduh hanya perlu menjalani penjara empat tahun sahaja.

Tertuduh, Tan Siau Ling, 44 tahun, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding sebutan kes berkenaan yang berlangsung secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Ketika kali pertama dituduh di mahkamah sama pada 20 Jun 2023, tertuduh selaku Eksekutif Akaun di Hap Yeng Seng Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua tuduhan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Di Mahkamah Sesyen 2 pada 2 Januari, dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dengan memindahkan wang berjumlah RM386,858.85 daripada akaun United Overseas Bank milik syarikat berkenaan dalam jumlah berbeza ke dalam akaun peribadinya serta akaun syarikat milik bekas suaminya, Encik Yew Meng Kiat Ent.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di premis syarikat itu di Plaza Mahkota Melaka pada tarikh berbeza antara 24 Mei hingga 14 Oktober 2019, 15 hingga 28 Ogos 2019 dan 11 September 2019.

Semua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat serta denda.


Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 3, dia turut mengaku salah atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan nilai RM293,249.28 iaitu dengan memasukkan wang berkenaan dalam jumlah berbeza kepada tiga akaun bank miliknya iaitu Maybank, CIMB dan Public Bank.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat sama pada tarikh berbeza antara 4 Julai hingga 23 Oktober 2019 dan antara 20 Ogos hingga 24 September 2019.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, seorang pengarah urusan syarikat berkenaan, mengesan penyelewengan wang syarikat dilakukan tertuduh ketika membuat semakan audit akaun pembayaran kepada pembekal.


Pengadu mendapati tertuduh mengambil wang yang sepatutnya dibayar kepada beberapa pembekal syarikat pengadu apabila invois dan baucar pembayaran nama syarikat yang dibayar adalah tidak sama.


Penyelewengan dikesan bermula sejak 24 Mei hingga 23 Oktober 2019 dan tertuduh membuat 47 transaksi pembayaran tidak sah dan menggunakan wang syarikat tanpa kebenaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >