Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

McDonald’s Malaysia saman gerakan boikot Israel, tuntut ganti rugi lebih $1 juta

Dec 30, 2023 | 2:30 PM
TUNTUT GANTI RUGI: McDonald’s Malaysia aju saman tuntut ganti rugi daripada penganjur gerakan boikot perniagaan makanan segera itu, ekoran perang Israel di Gaza.
TUNTUT GANTI RUGI: McDonald’s Malaysia aju saman tuntut ganti rugi daripada penganjur gerakan boikot perniagaan makanan segera itu, ekoran perang Israel di Gaza. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia telah menyaman pergerakan yang mempromosikan boikot terhadap Israel kerana “kenyataan palsu dan fitnah” yang dikatakan menjejaskan perniagaannya, menuntut ganti rugi berjumlah 6 juta ringgit ($1.31 juta).

Malaysia, sebuah negara majoriti Islam, adalah penyokong tegar rakyat Palestin, telah menjadikan sasaran kempen boikot beberapa jenama makanan segera Barat di negara itu, ekoran serangan tentera Israel di Gaza.

Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR), yang merupakan pemegang lesen McDonald’s di Malaysia, menyaman pergerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, kerana beberapa siri penyiaran media sosial yang didakwa mengaitkan francais makanan segera itu, antara syarikat lain, kepada “perang Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza”.

Menurut writ saman bertarikh 19 Disember yang dilihat oleh Reuters, Gerbang Alaf Restaurants mendakwa BDS Malaysia menghasut orang ramai supaya memboikot McDonald’s Malaysia.

Akibatnya, syarikat kehilangan keuntungan dan berlaku pemberhentian pekerjaan, antara kerugian lain, disebabkan penutupan dan masa operasi yang dipendekkan.

McDonald’s Malaysia mengesahkan ia memfailkan saman terhadap BDS Malaysia untuk melindungi “hak dan kepentingannya”, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat, 29 Disember.

Sebagai tindak balas, BDS Malaysia berkata ia “menafikan secara mutlak” memfitnah syarikat makanan segera itu dan akan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah.

Pergerakan BDS bertujuan untuk menamatkan sokongan antarabangsa terhadap “penindasan rakyat Palestin” oleh Israel dan menekan Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg