Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat wanita terkait kes ‘Hot Daddy’ didenda miliki video lucah

Feb 1, 2024 | 12:19 PM
Empat daripada enam wanita yang dikaitkan dengan video ‘Hot Daddy’ dalam aplikasi X masing-masing didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti milik mereka.
Empat daripada enam wanita yang dikaitkan dengan video ‘Hot Daddy’ dalam aplikasi X masing-masing didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti milik mereka. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Enam wanita yang dikaitkan dengan bapa tiga anak yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 31 Januari atas tuduhan memiliki video lucah.

Empat daripada mereka, termasuk seorang penuntut universiti, didenda antara RM2,500 ($708) dengan RM4,800 selepas mengaku salah bagi tuduhan memiliki video lucah dengan maksud menunjukkannya secara awam.

Mereka ialah Nurnabilah Ayuni Hanafi (penganggur), 22 tahun; Amira Natasha Mohammad (pemandu pelancong), 26 tahun; Nur A’liaa Muhamad Rosly (penuntut universiti), 22 tahun; dan Farah Adila Hanum Khairuddin (eksekutif pemasaran), 36 tahun.

Mereka melakukan kesalahan itu di pejabat unit Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Wangsa Maju pada 30 Januari mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jika gagal membayar denda itu, mereka diperintahkan dipenjara antara sebulan dan enam bulan, Berita Harian Malaysia.

Sementara itu, pelajar kolej swasta Felecia Lisa Nandong, 21 tahun, dan akauntan Norfatihah Ramle, 30 tahun, yang turut dikenakan tuduhan sama, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin dan Majistret S. Arunjothy.

Mahkamah membenarkan Felecia diikat jamin RM2,000 dan Norfatihah RM3,000 dan menetapkan 12 Mac dan 26 Mac bagi sebutan kes masing-masing.

Pada 26 Januari, seorang lelaki tiga anak, yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’, ditangkap kerana disyaki merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

‘Hot Daddy’, yang nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 tahun, didakwa mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Dia dan dua teman wanitanya, Norhidayah Mahadi, 24 tahun, dan Norshazrina Md Zamri, 27 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah bagi tuduhan mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan di bawah Kanun Keseksaan.

Siasatan sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X pada harga RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg