Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

‘Saudagar seks’ jual rakaman video seks ditahan polis M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Saudagar seks’ jual rakaman video seks ditahan polis M’sia

Jan 19, 2024 | 03:16 PM



KUALA LUMPUR: Kegiatan licik seorang lelaki ‘saudagar seks’ menjual video hubungan seks dirinya dengan 20 wanita pelbagai bangsa di laman sosial akhirnya tumpas apabila dia ditahan di satu rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.


Dalam serbuan sama pada 2.30 petang, 16 Januari itu, polis turut menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah yang turut didiami bapa lelaki terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek berusia 31 tahun itu dikesan melalui hasil maklumat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan kegiatan menjual dan mempromosi ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial sejak awal 2023.

“Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara baru merakam video dia melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai 2023.

“Tidak hanya teman wanita, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo atau lelaki upahan, turut meniduri sebahagian pelanggan wanita dalam saluran aplikasi Telegram berkenaan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 18 Januari.


Datuk Shuhaily berkata kes seperti itu adalah kali pertama dikesan berlaku di Malaysia dan harus dibanteras secara besar-besaran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, modus operandi yang digunakan adalah dengan mengajak pelanggan melanggan menerusi pautan promosi yang diiklankan dalam aplikasi Telegram oleh suspek sebelum urusan pembayaran dipersetujui.

“Selepas pembayaran dibuat, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk terus menonton video lucah yang dilakonkan dan dirakam suspek sendiri.

“Siasatan juga mendapati setakat 16 Januari, suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 ($28.46) dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.

“Semua pelanggan aplikasi ini adalah rakyat Malaysia daripada golongan lelaki miang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” katanya.

Beliau berkata ada antara wanita terbabit yang mempunyai keinginan meniduri suspek turut ditawarkan syarat supaya hubungan intim dirakam untuk jualan seterusnya.

“Pada masa ini suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi lucah dalam video seks yang dijual selain berusaha mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video yang dikesan.


“Polis menemui semua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya, selain dua kad pengeluaran wang automatik (ATM) yang digunakan sebagai akaun langganan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >