Exco Johor: Dakwaan Stadium Sultan Ibrahim bukan milik JDT tidak benar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Exco Johor: Dakwaan Stadium Sultan Ibrahim bukan milik JDT tidak benar

Feb 25, 2026 | 2:05 PM

Exco Johor: Dakwaan Stadium Sultan Ibrahim bukan milik JDT tidak benar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Exco Johor, Hairi Mad Shah, Stadium Sultan Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah. - Foto FACEBOOK HAIRI MAD SHAH

Kerajaan Johor menafikan dakwaan tular di media sosial yang mempersoalkan pemilikan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan menegaskan kemudahan sukan berkenaan adalah milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah, berkata kenyataan dimuat naik seorang individu di akaun media sosial X yang mendakwa stadium itu bukan milik JDT adalah tidak berasas serta mengelirukan masyarakat.

Beliau berkata SSI berada di bawah naungan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik JDT, manakala pembinaannya merupakan sebahagian visi strategik bagi membangun ekosistem sukan bertaraf dunia di negeri itu.

Tambahnya, JDT berperanan sebagai entiti profesional yang mengurus pasukan termasuk aspek teknikal, prestasi pemain, pembangunan bakat dan pengurusan kelab secara keseluruhan.

“Bagi memastikan tadbir urus stadium dilaksanakan secara tersusun dan bertaraf antarabangsa, Pemangku Sultan Johor memberikan kepercayaan kepada Perbadanan Stadium Negeri Johor (PSNJ) untuk mengurus operasi harian stadium.

“PSNJ turut bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan berkala, keselamatan, kemudahan, logistik serta penganjuran acara supaya stadium sentiasa berada pada tahap terbaik bagi perlawanan domestik dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada 24 Februari.

Beliau menjelaskan model pengurusan itu menunjukkan pemisahan peranan yang jelas apabila JDT memberi tumpuan kepada prestasi pasukan, manakala PSNJ mengendalikan pengurusan serta penyelenggaraan stadium.

Encik Mohd Hairi berkata pendekatan tersebut selari dengan amalan terbaik kelab elit dunia dan menjadi antara faktor kejayaan berterusan JDT di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai khususnya pengguna media sosial supaya menyemak fakta sebelum membuat kenyataan bagi mengelakkan salah faham serta menjejaskan reputasi institusi sukan negeri.

Jelasnya, kerajaan negeri kekal komited memastikan Stadium Sultan Ibrahim diurus secara profesional dan jujur selain terus menjadi kebanggaan rakyat Johor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg