Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Fahami sistem kerajaan Agong bergilir Malaysia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Fahami sistem kerajaan Agong bergilir Malaysia

Nov 14, 2023 | 06:00 PM



KUALA LUMPUR: Yang Di-pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah dari Pahang, menaiki takhta pada 2019. Namun, di bawah kerajaan Agong bergilir yang unik di Malaysia, sudah tiba masanya beliau memberi laluan kepada ketua negara baru.


Majlis Raja-Raja negara itu mengundi Agong baru pada Jumaat lalu, 27 Oktober, dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 buat tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Berikut adalah beberapa perkara menarik mengenai sistem unik Malaysia itu.

Apakah sistem kerajaan Agong bergilir?

Kerajaan Agong bergilir melibatkan raja-raja di sembilan negeri Melayu. Jawatan ketua negara itu, dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong, dan Timbalan Agong dipilih dalam kalangan sembilan raja itu, dengan setiap Agong berkhidmat selama lima tahun.

Agong menetap di Istana Negara di ibu kota Kuala Lumpur semasa memegang jawatan.

Jawatan Ketua Negara itu setakat ini menyaksikan susunan giliran yang tetap, dan yang terbaru, Sultan Ibrahim bakal dilantik sebagai Agong. Sebelum ini, beliau pernah bercakap secara terbuka tentang kesediaannya untuk menjadi Agong.

Negeri Johor, terletak di hujung selatan semenanjung Malaysia, mempunyai laluan Koswe ke Singapura yang dianggap sebagai salah satu laluan sempadan darat paling sibuk di dunia.

Kenapa Malaysia mempunyai sistem kerajaan Agong bergilir?

Sistem itu bermula apabila negara itu memperoleh kemerdekaan dari British pada 1957, dengan kerajaan raja-raja lamanya berusaha mahu mengekalkan status dan kuasa mereka.

Sebelum zaman penjajahan, mereka memerintah kerajaan Melayu yang merdeka. Kerajaan Agong bergilir itu membolehkan peluang yang sama bagi mereka berkhidmat sebagai ketua tertinggi negara persekutuan Malaysia.

Walaupun sebahagian besar tugasnya adalah berupa istiadat, Agong memiliki beberapa kuasa dan keistimewaan khas yang termaktub dalam Perlembagaan.

Apakah perbezaan antara seorang Agong dengan sultan?

Agong dipilih daripada sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa, tujuh daripada mereka dipanggil sultan. Dua lagi ialah Raja dan Yang di Pertuan Besar. Kuasa mereka kebanyakannya terhad kepada negeri masing-masing, termasuk memberi pengampunan kepada banduan, melantik ketua menteri negeri dan bertindak sebagai ketua agama Islam negeri masing-masing.

Apakah kuasa Agong Malaysia?

Agong merupakan seorang “yang diutamakan berbanding semua orang dalam persekutuan”, menurut Perlembagaan Malaysia dan kuasanya lebih luas daripada sultan (negeri). Kuasa itu termasuk mempunyai budi bicara mutlak untuk melantik seorang perdana menteri dan untuk menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen.

Agong juga menandatangani kelulusan undang-undang baru, dan melantik menteri dan timbalannya, hakim mahkamah dan pemegang jawatan utama lain di peringkat nasional, atas nasihat perdana menteri.

Sejurus menjadi Agong, beliau mesti melepaskan kuasa yang berkaitan dengan negerinya sendiri, walaupun beliau mengekalkan kuasanya dalam bidang agama. Agong tidak dibenarkan terlibat secara aktif dalam sebarang perusahaan komersial.

Bagaimanakah sistem ini berbeza daripada sistem beraja lain?

Di negara lain, jawatan Agong diturunkan kepada keturunannya apabila Agong itu meninggal dunia atau turun takhta.

Kerajaan bergilir Malaysia telah menyaksikan seorang sultan berkhidmat dua kali sebagai Agong.

Agong juga boleh meletak jawatan atau dilucutkan jawatan daripada takhtanya oleh Majlis Raja-Raja sebelum tamat tempoh lima tahunnya.

Malaysia tidak pernah mempunyai ketua negara wanita dengan Perlembagaan secara khusus merujuk Agong dengan kata ganti nama lelaki. Pindaan undang-undang memerlukan sokongan majoriti besar di Parlimen. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >