Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gadis raih 7A walau jaga bapa sakit, tidak mampu ‘tuisyen’

Jun 3, 2024 | 5:39 PM
Alia Mayasarah, 18 tahun (tengah) teruja mendapat keputusan cemerlang semasa dikelilingi keluarganya.
Alia Mayasarah, 18 tahun (tengah) teruja mendapat keputusan cemerlang semasa dikelilingi keluarganya. - Foto TIKTOK @liliess06

MALAYSIA : Betapa gembiranya Alia Mayasarah Abdul Nasir, 18 tahun ketika menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya sambil dikelilingi oleh keluarga tersayang.

Setelah melihat keputusan yang diperolehinya, 7A dan 1B, beliau terus terisak gembira seakan tidak sangka, sambil dipeluk erat dan disorak ahli keluarganya yang turut berbangga atas pencapaiannya itu.

Detik yang menggembirakan itu yang dirakam dalam video selama 56 saat yang dimuat naik oleh @liliess06, telah menyentuh netizen.

Alia yang tidak mengikuti sebarang kelas tuisyen belajar secara berdikari di rumah sambil menjaga bapanya yang menghidap gout.

View post on TikTok

“Sebagai anak bongsu di rumah, saya membahagikan masa antara belajar dengan menjaga bapa saya yang tidak boleh berjalan kerana gout,” katanya kepada akhbar New Straits Times.

Walaupun masalah kewangan menghalangnya daripada mendaftar dalam tuisyen, beliau tabah dengan belajar melalui YouTube dan dengan bantuan rakan-rakan.

Ibunya menggalas tugas sebagai pencari nafkah utama selepas bapanya, yang sebelum ini seorang tukang kasut di Seri Serdang, tidak berupaya lagi akibat gout dan masalah buah pinggang yang teruk.

“Ibu saya kuat. Beliau bekerja keras dengan menjahit kasut di kaki lima untuk menyara kami tiga beradik,” kata Alia sambil memuji usaha ibunya atas keupayaan adik-adiknya menyambung pengajian di universiti.

Beliau menyifatkan ibunya sebagai idola dan inspirasi untuk terus belajar dan mengubah nasib keluarga.

Mengimbas kembali keputusannya, Alia mengakui pada mulanya gementar dan takut mengecewakan keluarganya tetapi berasa sangat gembira apabila mereka merayakan kejayaannya bersama.

Beliau mengaitkan kejayaannya dengan memberi tumpuan dalam kelas, membuat nota ringkas pada waktu malam, dan memilih rakan yang juga bertujuan untuk berjaya.

Paling penting, beliau menekankan peningkatan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Tuhan sebagai kunci kejayaannya. – New Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg