Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Galeri Pelawat Siti Khadijah di N. Sembilan bawa pengalaman pelancongan gaya hidup Muslimah

May 19, 2025 | 4:44 PM
Malaysia, Galeri Pelawat Siti Khadijah
Tuanku Aishah Rohani (tiga dari kanan) bersama Cik Padzilah Enda (empat dari kanan), melihat proses menjahit sejadah di Galeri Pelawat Siti Khadijah di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan. - Foto BHM

NILAI (Negeri Sembilan): Jenama telekung dan pakaian muslimah terkenal, Siti Khadijah, membuka lembaran baru apabila merasmikan Galeri Pelawat Siti Khadijah di Laman Khadijah di Nilai pada awal Mei.

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, berkenan mencemar duli merasmikan majlis berkenaan.

Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat galeri dan kilang jahitan.

Antara tarikan utama dalam galeri ini ialah ruang pameran rekaan bentuk muka telekung, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sudut interaktif dan pengunjung berpeluang merasai sendiri mutu fabrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir Aminuddin, berkata galeri yang berkonsepkan ‘one-stop-centre’ – atau pusat sehenti – merangkumi pelbagai elemen bagi memberi pengalaman menarik kepada pengunjung, lapor Berita Harian Malaysia.

“Galeri ini dibuka bagi mengembalikan kenangan dan perjalanan Siti Khadijah sepanjang 15 tahun beroperasi.

“Ia mengenai bagaimana sebuah jenama yang dimulakan dengan sederhana sehinggalah berkembang menjadi ikon keanggunan, ketelitian dan nilai tradisi,” katanya.

Majlis turut diserikan lagi dengan demonstrasi menjahit sejadah mini di ruangan ‘Experience Centre’.

“Kami berharap galeri ini berupaya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan Negeri Sembilan khususnya dan sektor pelancongan Malaysia amnya,” katanya.

Turut hadir termasuk Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan pengasas Siti Khadijah, Cik Padzilah Enda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg