Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ganjaran RM10,000 untuk buru pembunuh gajah di Sabah

Apr 11, 2025 | 1:36 PM
Gajah pygmy Borneo kerap menjadi sasaran buruan dan mangsa pembunuhan pemburu haram.
Gajah pygmy Borneo kerap menjadi sasaran buruan dan mangsa pembunuhan pemburu haram. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU (Sabah): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) menawarkan ganjaran RM10,000 ($3,037) kepada individu yang tampil memberi maklumat berhubung kes pembunuhan gajah pygmy Borneo di Sabah.

Menteri KePKAS, Datuk Seri Christina Liew, berkata maklumat berhubung kes itu penting bagi membantu pihak berkuasa sehingga dalang bertanggungjawab membunuh haiwan dilindungi itu ditangkap, didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah.

Minggu lalu, bangkai seekor gajah tanpa kepala ditemui dekat kawasan hutan Tibow, Kalabakan, di Jalan Kalabakan-Sapulut, Kota Kinabalu, tidak jauh daripada tempat penemuan bangkai gajah yang turut ditemui tanpa kepala dekat Lembangan Maliau di jalan yang sama pada Januari lalu.

Penemuan bangkai gajah terbabit disahkan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Encik Mohd Soffian Abu Bakar, berikutan laporan diterima pihaknya minggu lalu mengenai bangkai seekor gajah tanpa kepala di kawasan Tibow, Kalabakan.

“Kita menawarkan ganjaran RM10,000 ketika mesyuarat kementerian pada 9 April lalu selepas dikejutkan dengan penemuan satu lagi bangkai gajah tanpa kepala baru-baru ini.

“Kita mahu bukti kukuh terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Sehubungan itu, kita merayu kerjasama orang ramai membuat laporan kepada JHLS dan polis jika ada pihak menyaksikan mana-mana insiden terhadap gajah terbabit.

“Ini bagi memastikan kita dapat mendakwa pihak yang bertanggungjawab membunuh hidupan liar itu,” katanya dalam satu kenyataan pada 9 April, lapor Berita Harian Malaysia.

Gajah pgymy Borneo adalah spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 yang memperuntukkan hukuman berat termasuk denda dengan jumlah besar, selain penjara jika sabit kesalahan jenayah terhadap hidupan liar yang dilindungi.

Ketika ini, populasi gajah pygmy Borneo di Sabah dianggar antara 1,500 hingga 2,000 ekor, menjadikannya hidupan liar yang semakin diancam kepupusan di Malaysia.

Spesies gajah terkecil di Asia itu hanya ditemui di Sabah, dengan kebanyakan populasinya di kawasan hutan sekitar Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan Kinabatangan.

Menurut Datuk Liew pemburu haram gading mungkin bertanggungjawab dalam kes kematian gajah dengan keadaan kepalanya dipenggal, di Sabah.

Bagaimanapun katanya pihaknya masih menyiasat lanjut perkara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg