Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KAKI JALAN

5 taman haiwan sarat ‘khazanah’ dan warisan jadi tarikan serata benua

Oct 01, 2023 | 05:30 AM



Mencari hidupan liar tidak semudah mana apabila anda mengembara ke kota dunia utama. Taman haiwan dan ruang simpanan haiwan liar pastinya menjadi kunjungan pelancong yang gemar meninjau binatang dan menyaksikan ragam mereka yang tinggal di bawah satu bumbung.

Saya secara peribadi gemarkan kunjungan ke taman safari di mana saya berkesempatan menaiki jip, duduk di bahagian belakang kenderaan itu dan merasakan betapa terujanya (meski dalam debaran memuncak di dada) dikejar rusa, singa dan kuda belang semasa di Taman Alam Casela beberapa tahun lalu.

Berikut Kaki Jalan menyenaraikan lima taman haiwan yang terkenal di dunia yang wajib dikunjungi apabila anda mengembara.

TAMAN HAIWAN TERTUA DUNIA: Tiergarten Schönbrunn – Vienna, Austria

Pastinya seronok berkunjung ke zoo tertua dunia yang beroperasi sejak 1752. Ia juga dikenali sebagai Taman Haiwan Vienna. Apabila anda singgah ke Istana Schonbrunn yang terkenal, singgah sahaja ke Tiegarten Schonbrunn yang tertumpu pada kerja pemuliharaan dan pendidikan awam.

Memandangkan zoo ini dikelilingi bangunan indah dengan bentuk unik atau ‘baroque’, taman haiwan ini memang cantik dipandang mata. Anda boleh temui memerang kecil dari benua Asia, serigala Arctic, gajah Afrika dan harimau Siberia di sini.

TAMAN HAIWAN MERIAH DENGAN 6,000 HAIWAN: Taman Haiwan Bronx, New York City, Amerika Syarikat

Walaupun terdapat banyak taman haiwan di New York, Taman Haiwan Bronx dianggap yang terbaik dengan keluasan 265 ekar dalam kawasan Taman Bronx. Ia adalah salah sebuah taman haiwan terbesar di Amerika yang mempunyai Sungai Bronx mengalir di situ.

Taman Haiwan Bronx ini dibuka pada 1899 dan d sini juga wujud hospital pertama bagi haiwan pada 1916. Ia memperjuangkan misi pemuliharaan dan kebajikan binatang.

Lebih 6,000 haiwan dan 700 spesies binatang wujud di dalam taman haiwan ini. Apabila anda meneroka taman haiwan tersebut, anda dapat lihat haiwan dari merata dunia seperti harimau, singa, gorila, lemur dan reptilia

TAMAN HAIWAN TERTUA CHINA: Taman Haiwan Beijing, China

Taman Haiwan ini ditemui di kawasan Xicheng, Beijing, dan adalah yang terbesar dan paling lama dibina di China. Ia dibina pada 1906 dan kini rumah bagi 450 spesies haiwan darat serta 500 spesies haiwan lautan di dalam akuarium.

Bagaikan dibawa ke dalam era kuno empayar China apabila menjejakkan kaki ke taman haiwan lebih 200 ekar ini. Ia memberi tumpuan pada haiwan yang jarang ditemui di China. Paling terkenal adalah beruang panda raksasa, panda merah dan monyet berbulu emas dari Sichuan.

TAMAN HAIWAN AFRIKA PALING CANTIK: Taman Haiwan Negara di Pretoria, Afrika Selatan

Dengan koleksi haiwan sebanyak 9,000 ekor gajah, badak, harimau dan singa, anda pastinya akan rasa kagum atau terasa bagaikan terperangkap dalam filem Hollywood. Inilah taman haiwan terbesar dan paling dikenali ramai yang memulakan operasi sejak 1899. Terdapat taman khusus untuk haiwan reptilia dan akuarium sarat dengan binatang laut.

Dengan lebih 600 spesies haiwan di sini, inilah tempat untuk anda meninjau apa bezanya gajah dan badak rimba Afrika berbanding dengan gajah dan badak di Asia atau negara Eropah, Australia dan Amerika. Terdapat haiwan yang hampir pupus juga di dalam taman haiwan ini.

TAMAN HAIWAN KEBANGGAAN JERMAN: Zoologischer Garten di Berlin, Jerman

Seandainya anda mencari taman haiwan yang mempunyai sejarah panjang, Zoologischer Garten di Berlin, Jerman, adalah yang wajar dikunjung. Ia dibuka pada 1844 dan menjadi kebanggaan masyarakat Jerman.

Taman Haiwan ini bukan sahaja tapak warisan. Ia juga adalah taman haiwan terbesar dunia dari segi jumlah haiwan mencecah 20,200 binatang daripada 1,380 spesies. Banyak program pembiakan haiwan yang dibangunkan taman haiwan ini.

Ada beruang polar, panda raksasa dan lemur serta banyak lagi primat yang mencuri hati anda dengan gelagat mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >