Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Guna minyak masak subsidi, jual makanan harga ‘kayangan’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Guna minyak masak subsidi, jual makanan harga ‘kayangan’

Dec 27, 2023 | 04:35 PM



KUALA LUMPUR: Guna bahan mentah bersubsidi tetapi jual hidangan pada harga ‘kayangan’ (tinggi).


Itulah dapatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur setelah menyerbu dua restoran makanan Pakistan terkemuka di Jalan Ipoh di sini.

Restoran yang turut menjadi tumpuan warga Singapura itu dikesan menggunakan barang kawalan bersubsidi, iaitu minyak masak, dan mengenakan harga menu ‘mewah’ kepada pelanggan.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Encik Ariffin Samsudin, berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan di dua restoran berkenaan kira-kira 1 pagi pada 22 Disember.

“Pemeriksaan di bahagian dapur restoran pertama menemui 37 kilogram minyak masak bersubsidi, manakala 39 kilogram minyak masak bersubsidi ditemui di restoran kedua.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua restoran berkenaan tidak mempunyai sebarang lesen atau permit barang kawalan bagi tujuan penyimpanan minyak masak bersubsidi,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 27 Disember.


Encik Ariffin berkata semakan mendapati kedua-dua restoran dimiliki dua lelaki warga Pakistan berusia 40-an tahun, yang memegang status pemaustautin tetap kerana berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di negara itu sejak 20 tahun lalu.

“Berdasarkan keterangan dua pemilik terbabit, mereka memaklumkan bahawa bekalan minyak masak bersubsidi itu diperoleh daripada pemborong di ibu kota Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat mengenai kegiatan pemborong itu.

“Adalah tidak adil kepada pengguna barang subsidi itu, iaitu golongan berpendapatan rendah, atau B40, yang tidak dapat menikmati kemudahan ini disebabkan ia diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana dua restoran ini mengenakan harga antara RM20 ($5.71) dengan RM50 untuk satu sajian, tetapi guna minyak masak subsidi yang dijual pada harga RM2.50 sekilogram.

“Bayangkan jika kegiatan ini tidak terbongkar, mereka akan terus menggunakan kira-kira 2,000 kilogram minyak masak subsidi sebulan, yang jelas merugikan dan menjejas bekalan bagi golongan sasar, iaitu B40,” katanya.

Selain itu, restoran pertama, yang mempunyai kedai runcit, didapati gagal mempamerkan tanda harga bagi serbuk teh yang dijualnya.

“Kami menyita 76 kilogram minyak masak subsidi dan 24 serbuk teh yang dianggarkan berjumlah RM1,100 dalam operasi itu,” kata Encik Ariffin.

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana restoran supaya tidak menggunakan sebarang barang kawalan bersubsidi bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.

“Kami akan menggerakkan pasukan penguatkuasa bagi menjalankan pemeriksaan terhadap restoran di ibu negara dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik restoran mahupun pembekal barang bersubsidi yang didapati melakukan kesalahan itu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >