Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Harga barangan di JB lebih mahal bukan disebab rakyat S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Harga barangan di JB lebih mahal bukan disebab rakyat S’pura

Feb 08, 2024 | 03:00 PM



KULAI (Johor): Tiada data untuk menyokong dakwaan bahawa harga barangan di Johor Bahru lebih mahal berbanding kawasan lain ekoran kebanjiran rakyat Singapura yang berkunjung dan membeli-belah di bandar itu, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Cik Lilis Saslinda Pornomo.


Namun, beliau berkata orang ramai boleh menyalurkan aduan mereka berhubung sebarang kenaikan harga barang terus kepada pihak kementerian itu.

“Kementerian giat menjalankan pemeriksaan dan kami mendapati bekalan dan harga jualan barangan keperluan masih mengikut kadar yang ditetapkan.

“Pendekatan KPDN Johor mudah, sekiranya pengguna mendapati wujud unsur pencatutan atau masalah bekalan, mereka boleh terus menyalurkan aduan rasmi kepada kami.

“Pegawai penguat kuasa kami jalankan pemeriksaan terhadap setiap aduan yang diterima. Setakat ini, pemeriksaan kami menunjukkan bekalan mencukupi tetapi mungkin mengambil masa untuk mencapai tahap runcit,” katanya, lapor The Star.


Cik Lilis Saslinda berkata demikian ketika ditanya sama ada kehadiran warga Singapura di Johor Bahru menyebabkan kenaikan harga barang di bandar itu semasa satu sidang media di Kompleks Storan Pameran Senai di sini pada 7 Februari.

Harga ayam segar yang dijual di sekitar Johor Bahru didapati naik 30 sen kepada RM9.80 ($2.76) sekilogram baru-baru ini, iaitu kenaikan kali ketiga dalam tempoh dua minggu, lapor Berita Harian Malaysia.


Tinjauan di pasar basah di sekitar Perling, Tampoi dan Skudai mendapati kenaikan harga ayam segar itu menyebabkan jualan ayam segar tidak serancak sebelum ini, malah pelanggan dilihat lebih banyak membeli bahagian tertentu ayam diperlukan saja.

Peniaga ayam segar, Encik Daud Ismail, 40 tahun, berkata kenaikan harga ayam mentah yang semakin kerap itu memberi tekanan kepada peniaga yang kini semakin terhimpit.

Pengguna, Encik Sufian Mohd Noor, 52 tahun, pula berkata beliau tiada pilihan dengan hanya membeli bahagian ayam tertentu saja berbanding membeli seekor atau dua ekor ayam setiap lima hari sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >