Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan lebat sejak awal pagi, bandar Kota Bharu dinaiki air

Apr 2, 2025 | 3:32 PM
Hujan lebat selama beberapa jam sejak awal pagi 2 April menyebabkan beberapa kawasan sekitar bandar Kota Bharu dilaporkan dinaiki air.
Hujan lebat selama beberapa jam sejak awal pagi 2 April menyebabkan beberapa kawasan sekitar bandar Kota Bharu dilaporkan dinaiki air. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK

KOTA BHARU (Kelantan): Hujan lebat selama beberapa jam sejak awal pagi 2 April telah menyebabkan beberapa kawasan sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan, dilaporkan dinaiki air.

Rakaman video menunjukkan kejadian banjir itu turut dikongsi pengguna media sosial.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Encik Farhan Sufyan Borhan, ketika dihubungi bagaimanapun memaklumkan setakat ini, pihaknya tiada menerima aduan berhubung banjir sedang melanda negeri itu.

Beliau berkata ada kemungkinan air naik selama beberapa jam di sesetengah kawasan sebelum kembali surut.

“Ini disebabkan hujan lebat sejak awal pagi lagi. Namun setakat ini, tiada banjir berlaku di kawasan penempatan penduduk.

“Pihak kami akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa memandangkan hujan masih lebat,” katanya sambil meminta orang ramai membuat aduan dengan segera jika berlaku banjir, lapor Berita Harian Malaysia.

Selain itu, beliau berkata pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika memandu dan digalak menggunakan aplikasi seperti Waze atau Google Maps bagi mengelak sebarang laluan yang terjejas banjir.

“Kami juga menjangkakan aliran trafik keluar dari Kelantan bermula raya ketiga ini.

“Pengguna jalan raya diminta lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan jalan licin dan jarak penglihatan mungkin terjejas ketika hujan,” katanya.

Sementara itu, seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bari Besar, Setiu, Terengganu, selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak 1 April.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, PPS Bari Besar, dibuka 11.20 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Encik Osman Abdullah, berkata stesen di daerah Besut iaitu di Institut Pertanian Tok Dor merekodkan penerimaan hujan 31.5 milimeter (mm) dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jabi (33.0 mm).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg