Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ibu beri donat juadah berbuka kepada jiran sehari sebelum kelar bayi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ibu beri donat juadah berbuka kepada jiran sehari sebelum kelar bayi

Mar 17, 2024 | 06:18 PM



PASIR GUDANG: Wanita yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati pada 16 Mac, sempat berkunjung bersama suami dan anak tunggal mereka ke rumah jiran-jiran untuk memberikan kuih donat sebagai juadah berbuka puasa sehari sebelum kejadian tragis itu.


Perkara berkenaan dimaklumkan oleh seorang jiran yang enggan namanya disiarkan dan mengaku cukup terkejut dengan kejadian menimpa mangsa berusia setahun enam bulan di kawasan perumahan mereka di Taman Cahaya Masai, lapor Berita Harian Online.


“Mereka sekeluarga sempat memberi donat kepada kami sekeluarga dan jiran-jiran yang lain.

“Sebelum ini, jiran saya itu okey saja dan apabila berjumpa akan bertegur sapa. Wanita itu juga selalu dilihat membawa anaknya keluar berjalan-jalan,” katanya sambil memaklumkan tidak pernah melihat atau mendengar suara bayi itu menangis atau pasangan terbabit bertengkar di rumah mereka.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita disyaki mengelar leher bayi lelakinya sebelum menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suami melalui kiriman WhatsApp, pada 16 Mac.

Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, dipetik berkata pihaknya menerima laporan sekitar 1.30 petang berhubung kes seorang bayi berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibu kandung di sebuah kawasan perumahan dekat Pasir Gudang.

Suspek warga tempatan berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali pula menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang yang baik dan peramah, selain sering membawa bayinya berjalan-jalan di lorong perumahan pada waktu petang.

Katanya, beliau mengetahui insiden tragis itu sekitar 1 petang selepas seorang jiran lain meminta pertolongan.

“Setiba di depan rumah jiran (suspek), saya nampak badan bayi itu berdarah di ruang tamu, manakala ibunya duduk bersila dan terdiam di hadapan tubuh kecil itu.

“Saya terperanjat dan memberitahu suami mengenai kejadian berkenaan. Tidak lama kemudian, polis tiba dan menguruskan kes itu,” katanya.

Satu lagi laporan akhbar sama menukil seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, wanita tersebut dilihat lebih pendiam dan perubahan sikap itu disedari suami suspek beberapa hari sebelum kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >