Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes anak autistik dibunuh di Selangor: Polis giat kumpul bukti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes anak autistik dibunuh di Selangor: Polis giat kumpul bukti

Dec 11, 2023 | 04:20 PM



KUALA LUMPUR: Masuk hari kelima kanak-kanak autistik enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh, pihak polis masih giat mengumpul bukti dan menjalankan siasatan kes.


Lokasi penemuan mayat anak istimewa itu kira-kira 10 malam pada 6 Disember lalu di aliran anak sungai – sekitar 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor – masih menjadi tumpuan polis untuk mencari bukti baru dalam usaha mengesan dalang yang terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata petunjuk yang diperoleh polis setakat ini menjurus kepada seorang individu yang mungkin disyaki terbabit dalam kes kematian kanak-kanak malang itu pada 6 Disember lalu.

Beliau berkata siasatan polis sejauh ini mendapati mayat Zayn Rayyan mungkin dibuang pada waktu petang di lokasi penemuan dan pihaknya juga masih membuat penelitian video dashcam setiap kenderaan penduduk di kawasan berkenaan.


“Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian (di anak sungai) tetapi tidak jumpa. Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada sebelah malam. Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat. Kita percaya pada petang itu,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 11 Disember.


Datuk Hussein berkata setakat ini polis sudah merekod keterangan 48 individu merangkumi ibu bapa dan guru, termasuk daripada kalangan jiran dan saksi bebas.

Polis turut mempertingkatkan siasatan termasuk melakukan saringan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) 228 individu di Apartmen Idaman, sejak 9 Disember.

Dalam pada itu, pada 10 Disember, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke kediaman keluarga Zayn Rayyan untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel yang boleh membantu siasatan.

Datuk Hussein berkata polis juga sudah selesai melakukan proses pertanyaan dan pemeriksaan daripada rumah ke rumah di keseluruhan 2,484 unit kediaman di 18 blok apartmen dan kedai di kawasan itu, membabitkan 5,628 penduduk.

Sementara itu, ibu kanak-kanak malang itu, Cik Ismanira Abdul Manaf, 28 tahun, buat kali kedua berkongsi kerinduannya kepada anaknya itu, dengan memuat naik gambar pintu bilik kanak-kanak terbabit bersama seorang lagi anaknya,dengan pesanan meruntun jiwa dalam akaun Instagram (IG) beliau.

“Tiada siapa yang tahu betapa besar rasa sayang ibu kepada Zayn. Setelah semua ini, hanya Zayn satu-satunya yang tahu isi hati ibu,” tulis Cik Ismanira.

Kisah tragis pembunuhan Zayn Rayyan diratapi seluruh rakyat Malaysia apabila kanak-kanak berkenaan yang hilang, kemudian disangka lemas selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya, namun rupanya meninggal dunia akibat dibunuh 48 jam sebelum ditemui. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >