Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu di Johor kesal anak hidap kanser jadi mangsa buli; ‘dipaksa bogel, ditendang’

Aug 19, 2025 | 2:38 PM
Budak 10 tahun yang mengalami kanser hidung dipukul oleh budak 12 tahun kerana rasa tidak puas hati cinta ditolak oleh kakak kepada budak itu.
Budak 10 tahun yang mengalami kanser hidung dipukul oleh budak 12 tahun kerana rasa tidak puas hati cinta ditolak oleh kakak kepada budak itu. - Foto TANGKAP LAYAR INTERNET

Johor Bahru: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang juga pesakit kanser hidung, kini menderita akibat gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama, di sini, Februari lalu.

Ibunya Cik Siti Suhana Misdi, 39, tahun meluahkan rasa kesal apabila pelaku berusia 12 tahun itu difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya dengan alasan masih di bawah umur.

Menurut wanita itu, dalam kejadian pada jam 5 petang, 21 Februari lalu, anak lelakinya itu dipukul, ditendang, dihentak kepala serta dipaksa berbogel oleh murid Darjah Enam terbabit.

Katanya, perbuatan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cintanya.

Anak saya menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 hingga 26 Mac lalu dan disahkan mengalami gegaran otak.

“Saya hanya mengetahui kejadian (buli terhadap anak) itu pada 24 Mac lalu selepas anak perempuan berkongsi kejadian sebenar kerana bimbang dengan keadaan adiknya,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada 17 Ogos.

Cik Siti berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Universiti pada hari sama anak keempat daripada enam beradik itu keluar hospital.

Bagaimanapun, beliau kecewa apabila dimaklumkan kes berkenaan tidak sesuai untuk dibuka kertas siasatan dan tindakan yang diambil hanyalah sesi perjumpaan antara kedua-dua keluarga.

“Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan (buli) pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun libatkan diri dalam sukan.

“Doktor menyatakan tempoh penyembuhan mungkin memakan masa hingga tiga tahun serta perlu bergantung kepada ubat, selain berdepan risiko sawan sekiranya jatuh atau pengsan,” katanya.

Lebih malang, Cik Siti berkata, anaknya sekali lagi menjadi mangsa buli oleh pelaku berbeza pada jam 10 pagi, 7 Ogos lalu di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai.

“Saya tidak pasti mengapa anak saya menjadi mangsa (buli), adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.

“Anak diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, Alhamdulillah keadaannya sudah pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,” katanya yang memaklumkan sudah membuat laporan polis kedua kelmarin..

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata, pihaknya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang mengambil tindakan lanjut berhubung pengaduan itu.

“Semalam murid berkenaan dan keluarganya dikunjungi bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg