Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Iskandar Malaysia, Pengerang di Johor dibangun sebagai Zon Ekonomi Khas Johor-S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Iskandar Malaysia, Pengerang di Johor dibangun sebagai Zon Ekonomi Khas Johor-S’pura

May 13, 2024 | 02:07 PM



ISKANDAR PUTERI: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang, Johor, membabitkan keluasan 3,505 kilometer persegi.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kawasan JS-SEZ itu akan membabitkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai dan Kota Tinggi.

Katanya, kerajaan Johor mencadangkan 16 sektor ekonomi yang dijangka dapat memberikan limpahan sosioekonomi kepada negeri dan negara.

“Ia membabitkan sektor elektrik dan elektronik, perubatan, farmaseutikal, penerbangan, kimia khusus, logistik, kesihatan dan pendidikan.

“Selain itu ialah sektor kewangan dan perkhidmatan perniagaan, tenaga, ekonomi digital, pelancongan, makanan, teknologi pertanian, industri kreatif, industri halal dan perkilangan,” katanya pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Onn, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, berkata kededua kerajaan Johor dan Malaysia juga komited untuk memastikan perjanjian JS-SEZ dapat dimuktamadkan dan ditandatangani bersama Singapura pada akhir 2024.

Beliau berkata memorandum persefahaman antara Malaysia dan Singapura berhubung pembangunan JS-SEZ telah ditandatangani pada 11 Januari 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan rakan sejawatnya dari Singapura, Encik Lee Hsien Loong.

“Sesi rundingan rasmi berhubung JS-SEZ bersama Singapura pula dijadualkan bermula Jun ini. Insya-Allah, satu sesi libat urus juga akan diadakan oleh kerajaan Johor dan Kementerian Ekonomi bersama semua Adun Johor dan pemimpin masyarakat yang dijadualkan pada Jun,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerajaan Johor memilih penggunaan sistem pengangkutan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) di Johor Bahru disebabkan pelbagai faktor termasuk kos.

Beliau berkata anggaran kos keseluruhan pembangunan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) untuk Johor Bahru dianggarkan RM16.7 bilion ($4.77 bilion), dua kali lebih tinggi berbanding kos keseluruhan penyediaan infrastruktur ART.

Menurutnya, data itu diperoleh hasil kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan bagi pembangunan LRT bagi mengatasi isu kesesakan di pusat Bandaraya Johor Bahru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >