Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Isu sekolah vernakular ‘hangatkan’ pembukaan sesi persekolahan baru di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu sekolah vernakular ‘hangatkan’ pembukaan sesi persekolahan baru di M’sia

Mar 11, 2024 | 01:34 PM



KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan baru di Malaysia yang bermula pada 10 dan 11 Mac dibuka dengan diskusi ‘hangat’ mengenai isu sekolah vernakular yang menimbulkan pelbagai reaksi.

Ini selepas Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menyuarakan kebimbangan bahawa sekolah vernakular boleh dikatakan menghalang usaha memperkukuh perpaduan negara dan kaum di Malaysia.

Tegas tokoh akademik itu, sekolah kebangsaan menjadi aliran utama dan ‘maruah’ bagi sistem pendidikan Malaysia dan sekolah vernakular hanya aliran sampingan yang tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan di negara ini, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Kebimbangan beliau kemudian disambut Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh yang menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular dalam aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau di Melaka itu turut mencadangkan kajian menyeluruh berhubung ruang dan peluang penambahbaikan pendidikan kebangsaan bagi memberi insentif dan tarikan kepada penyertaan murid berbilang bangsa.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun dibidas bekas Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokrati (DAP) Pulau Pinang, Encik P Ramasamy yang menyifatkan masalah perpaduan di negara ini bukan disebabkan sekolah berkenaan, sebaliknya oleh institusi kepartian yang membawa agenda kaum.

Malah, Encik Ramasamy mendakwa Datuk Muhamad Akmal keliru berhubung isu polarisasi kaum apabila mendakwa sekolah vernakular sebagai punca masalah terbabit dan turut mempersoalkan sama ada Exco kerajaan negeri Melaka itu akan mencadangkan supaya sekolah vernakular dihapuskan.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, pula berkata cadangan kajian semula ekosistem di sekolah vernakular boleh dilaksana dalam usaha meningkatkan imej institusi pendidikan itu sebagai sekolah yang tidak bersikap perkauman dan lebih membentuk imej bangsa Malaysia.

Beliau berkata perkara itu perlu dinilai daripada aspek positif dan mengelak daripada membuat tanggapan seolah-olah mahu sekolah vernakular dimansuh atau ditutup.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek yang mengulas isu itu ketika meninjau pembukaan hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat, Selangor pada 11 Mac, berkata sekolah vernakular diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kementeriannya akan berpegang dengan pendirian berkenaan berdasarkan peruntukan dalam akta terbabit.

“Sebagaimana saya katakan sebelum ini, sekolah vernakular diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kita akan terus dengan pendirian tersebut, berdasarkan Akta Pendidikan,” katanya lapor BHM.

Ditanya mengenai usaha memperkukuhkan bahasa kebangsaan di sekolah vernakular, beliau berkata, ia memang agenda utama KPM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >