Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jawatan PM M’sia pada masa depan kekal dipegang Melayu: Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jawatan PM M’sia pada masa depan kekal dipegang Melayu: Anwar

Dec 15, 2023 | 05:24 PM



BANGI: Tiada keperluan untuk Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya orang Melayu/Islam boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia.


Demikian jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengemukakan cadangan supaya kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan, pada 14 Disember.

Menurut Datuk Anwar, calon perdana menteri sama ada daripada kerajaan atau pembangkang pada masa hadapan akan kekal daripada kaum Melayu.

“Setakat ini tiada keperluan (pindaan perlembagaan) permohonan serius untuk perbincangan (berkenaan).

“Sejak merdeka hingga sekarang, calon perdana menteri ialah Melayu. Selepas ini calon dari kerajaan pun Melayu, calon pembangkang juga Melayu.

“Jadi (kita) kena maju terus dan hak rakyat, semua warganegara kita harus pelihara. Jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum dan semua wilayah,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 14 Disember.


Terdahulu, Datuk Anwar menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sebelum menunaikan solat Jumaat, beliau terlebih dahulu menjamu pelbagai hidangan kampung termasuk kari kepala ikan di Restoran Mak Kimbong di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Turut serta menjamu selera bersamanya ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baru dilantik, Senator Profesor Dr Zulkifli Hasan.

Sebelum ini, Encik Wan Ahmad Fayhsal, mengemukakan cadangan itu susulan kenyataan ahli politik veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP), Tan Sri Lim Kit Siang, berhubung ‘Impian Malaysia’ yang diutarakannya kepada pelajar Malaysia di Britain pada 29 November.

Ketika itu, beliau menyebut ‘tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’.

Bekas Pengerusi DAP itu antara lain mengatakan Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 berserta sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan ‘Impian Malaysia’.

Impian berkenaan, katanya, meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya, bukannya membawa satu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

Dalam pada itu, Datuk Anwar turut mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mengajak rakyat bergaduh sesama sendiri, sebaliknya mencari jalan untuk mengurangkan lagi bebanan rakyat.

Beliau menyuarakan demikian ketika ditanya mengenai siasatan polis terhadap kenyataan kontroversial calon perdana menteri bukan Melayu oleh Tan Sri Lim.


Sementara itu, Datuk Anwar, yang akan menghadiri Sidang Puncak Peringatan Asean-Jepun pada 16 hingga 18 Disember, turut memaklumkan Malaysia berhasrat mempertingkatkan lagi kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan dengan Jepun.

Katanya kerajaan akan mengadakan pertemuan dan kunjungan hormat kepada Maharaja Jepun, sewaktu berada di negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >