Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor negeri pertama M’sia guna aplikasi agih minyak masak bersubsidi

Aug 12, 2025 | 1:05 PM
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Encik Lee Ting Han.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Encik Lee Ting Han. - Foto FACEBOOK LEE TING HAN

Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan penggunaan aplikasi mudah alih Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) bagi Program Agihan Minyak Masak Bersubsidi yang kini diperluaskan ke 29 lokasi pasar raya di serata negeri bermula 11 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Encik Lee Ting Han, berkata pelaksanaan ini merupakan Fasa Kedua program selepas rintisnya dimulakan di bawah Program Jualan Rahmah Madani (PJRM).

Menurutnya, aplikasi eCOSS berfungsi merekodkan setiap transaksi minyak masak peket bersubsidi seberat 1 kilogram, bermula daripada pengilang, pembungkus, pemborong, peruncit, sehinggalah pembelian oleh pengguna akhir, sekali gus memastikan bekalan sampai kepada golongan sasaran.

“Setiap bulan, Johor menerima 3.3 juta peket minyak masak bersubsidi seberat 1 kilogram. Dengan setiap peket disubsidi sebanyak RM5 ($1.52), jumlah ini bukanlah sedikit dan perlu dipantau rapi supaya tidak disalah guna,” katanya dalam satu kenyataan pada 11 Ogos.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor akan ditempatkan di kaunter jualan di kesemua 29 pasar raya terlibat selama lima hari, mulai 11 hingga 15 Ogos, bagi membantu proses pendaftaran, memberi tunjuk ajar kepada pengguna dan melaksanakan latihan ‘Training of Trainers’ kepada kakitangan pasar raya.

Encik Lee berkata Fasa Kedua program itu juga memperluas lokasi ‘Point of Sales’ (POS) daripada 17 lokasi pada fasa pertama kepada 29 lokasi di seluruh Johor, dengan bekalan dibekalkan secara berkala oleh 19 syarikat pembungkus dan pemborong sah.

“Langkah ini akan memastikan ketersediaan dan capaian bekalan di semua daerah, khususnya untuk isi rumah kumpulan B40 (golongan bergaji rendah).

“Kerajaan negeri komited memastikan pelaksanaan ini memberi manfaat optimum kepada rakyat dan memperkukuh keberkesanan pengagihan subsidi,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg