Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jual petrol RON 95 pada kereta asing: Pengusaha kedai minyak boleh didenda lebih RM1j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jual petrol RON 95 pada kereta asing: Pengusaha kedai minyak boleh didenda lebih RM1j

M’sia perketat kuat kuasa undang-undang bagi pastikan subsidi bahan bakar hanya dinikmati mereka yang layak
Jan 15, 2024 | 03:31 PM



PUTRAJAYA: Pengusaha kedai minyak yang membenarkan penjualan terlarang petrol RON 95 kepada kenderaan berdaftar asing boleh dikenakan denda melebihi RM1 juta ($290,000) yang dikenakan sekarang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Datuk Armizan Mohd Ali.


Langkah itu sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan Malaysia untuk menangani ketirisan subsidi bahan api, kata beliau.

Datuk Armizan menambah bahawa kementeriannya juga sedang menimbangkan untuk menjadikan syarikat minyak bertanggungjawab atas kegagalan peniaga petrol menghalang penjualan bahan api bersubsidi kepada mereka yang tidak layak.

Penjualan bahan api bersubsidi kepada kenderaan asing adalah satu kesalahan dan pada masa ini peniaga petrol yang didapati salah berbuat demikian boleh didenda hingga RM1 juta bagi kesalahan pertama.

“Rancangan untuk melaksanakan subsidi tersasar, termasuk bagi bahan api, sedang dirangka. Pada masa sama, kita perlu mengetatkan penguatkuasaan dan memastikan undang-undang berkesan dilaksanakan.

“Ini termasuk mengenakan denda lebih tinggi terhadap pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan berdaftar asing,” kata Datuk Armizan kepada The Star.


Beliau berkata cadangan menaikkan denda bagi syarikat minyak adalah untuk memastikan mereka memantau operasi peniaga mereka dengan lebih ketat bagi menghalang ketirisan dalam subsidi kerajaan.

Malaysia mengenakan larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan berdaftar asing mulai 1 Ogos 2010 bagi memastikan subsidi petrol hanya untuk rakyat dan kereta berdaftar di Malaysia.

Mereka yang melanggar undang-undang ini boleh didenda hingga RM1 juta atau dipenjara hingga tiga tahun atau dikenakan kedua-dua hukuman bagi kesalahan. Bagi kesalahan kedua, dendanya ialah hingga RM3 juta.

Syarikat minyak yang didapati bersalah menjual RON 95 dan diesel kepada kenderaan berdaftar asing boleh didenda hingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan hingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

Menurut kementerian itu, antara 2022 dengan 2023, 38 pengedar petrol, kebanyakannya beroperasi di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dan Malaysia-Singapura, dihukum kerana menjual RON 95 kepada kenderaan berdaftar asing.

Sementara itu, di sebalik amaran berterusan oleh pihak berkuasa, rakyat Johor masih melihat kenderaan berdaftar asing mengepam petrol RON 95 bersubsidi di stesen minyak, lapor The Star.


Namun, perbuatan itu semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, menurut sesetengah mereka, yang mengaitkannya dengan rasa khuatir perbuatan mereka tular di media sosial.

“Saya pasti pemilik kenderaan, termasuk rakyat Malaysia, amat mengetahui peraturan itu. Saya tidak faham mengapa sangat sukar bagi mereka (warga bukan Malaysia) mematuhinya.

“Namun, saya percaya ia kurang kerap berlaku sekarang berbanding mungkin lima atau enam tahun lalu.

“Mungkin ia adalah kesan media sosial. Pesalah kini tahu bahawa mereka bukan sahaja perlu bimbang tentang pegawai penguatkuasa tetapi juga tentang sesiapa sahaja yang mempunyai telefon bijak yang boleh membuat foto dan video tular,” katanya.

Kenderaan mempunyai plat pendaftaran asing dan bukan warga Malaysia boleh diisi hanya dengan bahan api RON 97 tanpa subsidi dan bukan RON 95 bersubsidi.

Peraturan itu terikat dengan tempat kereta didaftarkan, tanpa mengira kewarganegaraan pemandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >