Jumlah kenderaan masuk Johor jangka naik 30% semasa Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah kenderaan masuk Johor jangka naik 30% semasa Tahun Baru Cina

Feb 14, 2026 | 7:39 PM

Jumlah kenderaan masuk Johor jangka naik 30% semasa Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Johor, sesak, Singapura, tahun baru cina
Polis Johor akan memastikan aliran trafik yang lancar di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar sepanjang musim perayaan. - Foto fail

JOHOR BAHRU: Jumlah kenderaan yang memasuki Johor, termasuk dari Singapura, dijangka meningkat sekurang-kurangnya 30 peratus pada Tahun Baru Cina ini, kata polis Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata polis akan menumpukan perhatian untuk memastikan aliran trafik yang lancar di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar sepanjang musim perayaan.

“Kami menjangkakan kesesakan luar biasa akan berlaku di kedua-dua pintu masuk utama ini disebabkan cuti panjang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina.

“Kami menjangka peningkatan antara 30 dengan 40 peratus dalam jumlah kenderaan yang memasuki Johor sempena musim perayaan ini berbanding hari biasa, termasuk kenderaan dari Singapura,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 25 sempena Tahun Baru Cina di pusat beli-belah Sutera Mall pada 14 Februari.

Ops Selamat ialah operasi keselamatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keselamatan di semua jalan raya Malaysia semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

Datuk Ab Rahaman berkata polis telah mengenal pasti 47 lokasi yang kerap mengalami kesesakan lalu lintas dan 38 lokasi yang sering berlaku kemalangan.

Seramai 1,801 anggota polis, termasuk 214 pegawai, akan terlibat dalam operasi tersebut yang akan dijalankan antara 15 dengan 20 Februari, tambah beliau.

“Selain memastikan aliran trafik lancar, kami juga menyasarkan untuk mengurangkan jumlah kemalangan sebanyak sekurang-kurangnya 5 peratus sepanjang Ops Selamat kali ini berbanding operasi sebelum ini.

“Kami akan menumpukan perhatian pada pencegahan kemalangan melibatkan penunggang motosikal kerana mereka merupakan penyumbang utama kepada kemalangan maut dalam operasi sebelum ini,” katanya.

Beliau juga berkata sebanyak 1,169 kemalangan, termasuk lima kemalangan maut yang melibatkan lapan kematian, dilaporkan semasa Ops Selamat sebelum ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg