Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kad ketibaan digital bukti M’sia tidak kompromi keselamatan negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Kad ketibaan digital bukti M’sia tidak kompromi keselamatan negara

Dec 04, 2023 | 05:47 PM



KUALA LUMPUR: Langkah mensyaratkan pelancong dan pengembara asing ke Malaysia mengisi kad ketibaan digital (MDAC) membuktikan kerajaan tidak berkompromi sudut keselamatan negara, walaupun melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) selama 30 hari untuk pelawat dari China dan India.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sebagaimana negara lain termasuk Singapura yang mewajibkan pelawat asing mengisi kad ketibaan digital, Malaysia juga memperketatkan ciri keselamatan di pintu masuk negara menerusi pelaksanaan MDAC.

“Kita melaksanakan PLV untuk menggalakkan kemasukan pelancong ke negara ini bagi merancakkan lagi ekonomi Malaysia secara lebih pantas. Namun, adakah bermaksud kita berkompromi dari sudut keselamatan? Jawapannya tidak.

“Sebab itu kita kuatkuasakan pula pelancong dan pengembara asing untuk mengisi MDAC. Kalau kita hendak ke Singapura contohnya, dua tiga hari sebelum ke sana kita kena isi kad ketibaan secara digital.

“Jadi, itu akan memberi maklumat keberadaan mereka (pelancong asing), hotel atau alamat mana mereka tinggal. Itu membolehkan kita mengesan keluar masuk dan keberadaan mereka dalam negara,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Setahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani dan Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, pada 4 Disember.

Datuk Saifuddin turut mengakui Jabatan Imigresen memberi sedikit kelonggaran sepanjang proses penyesuaian syarat baru untuk pelancong asing mengisi MDAC itu dalam tempoh seminggu ini.

“Buat masa sekarang, dalam tempoh tiga hari penguatkuasaan MDAC, kita benarkan pelancong isi di sini kerana masih dalam tempoh penyesuaian. Tetapi asas yang kita kuatkuasakan ini adalah kita mahu pelancong bersedia sebelum memulakan perjalanan.

“Oleh itu mereka wajar mengisi MDAC, sepertimana dia masuk ke Singapura kena isi, masuk ke Malaysia pun kena isi... lebih awal lebih baik.

“Kita pun baru mulakan (penguatkuasaan MDAC) dan kita beri tempoh untuk tiga hari pertama ini yang mana mereka boleh isi secara digital sejurus tiba di Malaysia... boleh proses di pintu masuk kita. Kita beri kelonggaran itu sekarang sebelum mereka mula menyesuaikan,” katanya.

Sebelum ini Berita Harian melaporkan, bermula 1 Disember 2023, semua pelancong ke Malaysia, termasuk dari Singapura, diwajibkan mengisi MDAC.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh, berkata MDAC adalah sebahagian daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan imigresen, selaras dengan pelaksanaan PLV, yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India, bermula tarikh sama hingga 31 Disember 2024.

Ditanya sama ada kementerian bercadang mempertimbangkan semula PLV untuk pelawat dari China susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, Datuk Saifuddin berkata pihaknya berhubung rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk sebarang perkembangan dan tindakan perlu diambil berhubung perkara itu.

“Buat masa sekarang belum ada satu polisi untuk umumkan perkara itu (penarikan balik PLV untuk pelancong China). Sehingga kini KDN pun tidak ada menerima kemas kini dari KKM mengenai langkah berjaga-jaga, jadi setakat ini PLV berjalan seperti yang diumumkan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >