Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kalendar persekolahan M’sia kembali kepada Jan mula 2026

Oct 28, 2025 | 5:28 PM
Sesi persekolahan sekolah kerajaan di Malaysia akan kembali bermula pada Januari mulai 2026.
Sesi persekolahan sekolah kerajaan di Malaysia akan kembali bermula pada Januari mulai 2026. - Foto fail NSTP

Kalendar akademik sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Malaysia akan kembali pada Januari bermula 2026, selepas beberapa perubahan sesi permulaan persekolahan dibuat sejak pandemik Covid19 melanda pada 2020. 

Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, berkata kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib, tanpa mengganggu operasi institusi pendidikan.   

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa Kalendar Akademik 2026 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A.

“Manakala 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B. Kalendar Akademik 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi.

“Ini adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” kata Cik Fadhlina dalam satu kenyataan pada 28 Oktober. 

Sekolah Kumpulan A ialah bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala Kumpulan B ialah sekolah di tiga Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Beliau berkata usaha penyelarasan semula kalendar akademik ke awal tahun itu menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Sejak pandemik Covid19 pada 2020, kalendar akademik sekolah awam di Malaysia menjalani norma baru apabila diadakan secara dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana penutupan sekolah atas faktor keselamatan dan kesihatan pelajar.

Pada November 2021, KPM mengumumkan sesi persekolahan untuk tahun berkenaan dilanjutkan sehingga Februari 2022, sekali gus menyaksikan sesi persekolahan bagi tahun baru itu bermula pada Mac dan ia berterusan sehingga 2025.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pendidikan, Encik Wong Kah Woh, berkata seramai 600 pembantu warden asrama sepenuh masa akan dilantik menerusi program Malaysia Short-Term Employment Program (MyStep) sebagai salah satu inisiatif baru untuk memantapkan sistem warden asrama sekolah di Malaysia.

Encik Wong berkata ia juga bertujuan meningkatkan pemantauan keselamatan asrama, sekali gus mengurangkan beban tugas warden asrama sedia ada.

Selain itu katanya KPM juga menempatkan 20,141 guru baru di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia pada 2025, bagi mengisi kekosongan guru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg