Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Keluarga di Terengganu sedia tandas percuma masa jalan sesak semasa Aidilfitri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Keluarga di Terengganu sedia tandas percuma masa jalan sesak semasa Aidilfitri

Apr 15, 2024 | 05:42 PM



Setiu: Dibayangi kesesakan lalu lintas semasa musim perayaan ini, satu keluarga di Terengganu memutuskan untuk menawarkan tandas di rumah mereka secara percuma bagi penumpang dan pemandu yang ‘tersangkut’ dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.


Ini sehingga inisiatif keluarga tersebut menarik perhatian ramai di media sosial kerana usaha murni itu memberi nilai besar kepada orang lain.

Ia dibuktikan keluarga Cik Siti Noranis Sakarnor, 21 tahun, apabila menyediakan dua tandas di rumahnya di Kampung Beris Tokku, Setiu, Terangganu, untuk orang ramai bermula sejak 4 petang hingga 9 malam pada 13 April.

Bukan hanya tandas, malah keluarga itu juga menyediakan ruang solat selain memberikan air panas kepada pengguna jalan raya yang mahu membancuh susu anak, lapor Harian Metro.







Perkongsian Cik Siti Noranis di TikTok yang menunjukkan beliau menyediakan sepanduk di luar rumahnya yang menyatakan tandas percuma itu telah menarik lebih 2.3 tontonan dengan ramai warga net memuji usaha dilakukan keluarganya demi kemudahan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang dari kampung halaman selepas menyambut Aidilfitri.

Guru Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) itu berkata kepada Harian Metro, usaha berkenaan sudah dilakukan sejak 2023 kerana jalan di hadapan rumahnya adalah laluan alternatif bagi mengelak kesesakan.


“Kesesakan jalan membuatkan kereta tidak bergerak dan situasi itu berlaku ketika musim perayaan. Kami pernah melalui pengalaman sama, jadi kami faham, mesti ada yang tidak dapat menahan jika mahu membuang air kecil atau besar.

“Sebab itu keluarga kami sediakan kemudahan tandas tanpa meminta bayaran kerana kami hanya mahu membantu, lagi pun tandas di rumah ada tiga jadi dua tandas kami beri mereka guna selain turut menyediakan tempat solat,” katanya.

Katanya, ramai yang menggunakan kemudahan tandas itu hingga ada pengguna mahu memberikan wang dan menganggap ia sebagai duit raya.

“Niat kami ikhlas untuk membantu dan kami gembira dapat membantu dengan usaha ini. Bagi saya mungkin ketika ini kami bantu orang, bila kami pula perlukan bantuan, orang pula akan bantu,” katanya.

Menurut Cik Siti Noranis, beliau berkongsi video di TikTok untuk dijadikan kenangan Aidilfitri dan berharap perkongsian itu dapat menyampaikan mesej positif kepada orang lain untuk membantu dalam apa jua situasi.

“Beberapa rumah lain juga melakukan perkara sama seperti menyediakan air untuk pengguna jalan raya dan Insya-Allah, usaha keluarga kami ini akan diteruskan mengikut keperluan dan situasi,” katanya. – HARIAN METRO




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >