Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kandas 24 jam di jalan raya M’sia untuk pulang dari cuti Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kandas 24 jam di jalan raya M’sia untuk pulang dari cuti Raya

Apr 15, 2024 | 02:18 PM



Bukan calang-calang cabaran menyambut Aidilfitri apabila ada yang sehingga lebih 24 jam berada di jalan raya untuk perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur ketika perayaan Aidilfitri 2024.

Itu antara coretan warga kota yang memulakan perjalanan pulang ke Lembah Klang dari negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang, serta negeri Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selepas bercuti Raya di kampung halaman sejak 7 April.

Kesesakan jalan raya selepas cuti Aidilfitri bukan sesuatu yang asing buat rakyat Malaysia tidak kira dari arah selatan, pantai timur mahupun utara negara untuk ke Lembah Klang, berbanding kebiasaan hanya sekitar empat hingga tujuh jam untuk perjalanan itu.

Pelakon Fizo Omar yang juga anak jati Kota Bharu, Kelantan, antara yang berkongsi pengalaman pulang ke ibu kota dari Kelantan dan menempuh kesesakan trafik berjam-jam lamanya.

“Inilah suasana 6.30 pagi di tol Karak. Kami bertolak 12 tengah malam tadi (15 April) dari Kota Bharu dan 6.30 pagi baru tiba di tol Karak.

“Mujur ikut jalan dalam selepas merujuk kepada aplikasi Waze, boleh dikira cepat juga sampai sebelum sangkut di tol Karak,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Namun kata Fizo, berdasarkan pengalaman dikongsi pemandu lain yang ditemui di stesen minyak di Karak, ada keluarga yang sudah 24 jam berada di jalan raya dan belum sampai ke destinasi kerana kesesakan teruk.

Seorang pemandu, Encik Mohamed Zamri Mohamed, 38 tahun, yang memulakan perjalanan pulang ke Bandar Penawar, Johor, pula menempuh perjalanan lebih 18 jam bersama keluarganya dari Kota Bharu.

“Baru tiba di Kota Bharu pada 12 April selepas beraya dengan keluarga sebelah isteri di Seremban, Negeri Sembilan, dan kira-kira 2 petang 13 April kami bertolak pulang ke Johor kerana isteri sudah mula bekerja pada 14 April.

“Melekat dalam jam (kesesakan trafik) sehingga 18 jam berada di atas jalan raya. Mujur anak-anak tak meragam. Cuma masalah ketika mahu ke tandas. Kena beratur panjang tapi terpaksa redah juga,” katanya kepada Berita Harian.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, dilaporkan berkata aliran trafik di lebuh raya dari utara dan pantai timur menuju ke Lembah Klang padat, sejak 14 April, susulan orang ramai berpusu-pusu pulang dari kampung halaman.


Lebuhraya Utara Selatan Malaysia Berhad (Plus) menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna pada waktu sibuk sepanjang tempoh Aidilfitri, termasuk 99 tandas mudah alih yang ditempatkan di 17 kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah plaza tol terpilih. – HANNEEYZAH BAHARIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >