Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kenyataan Mahathir terhadap orang India tak bertanggungjawab: Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kenyataan Mahathir terhadap orang India tak bertanggungjawab: Anwar

Jan 16, 2024 | 01:55 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan membantah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap masyarakat India di negara ini kerana ia sangat tidak bertanggungjawab.


Datuk Anwar berkata sebagai seorang mantan Perdana Menteri sejak sekian lama, tidak sepatutnya ada kenyataan yang menghina mana-mana kaum di negara ini – tidak kira majoriti atau minoriti.

“Beliau (Dr Mahathir) memang terkenal (buat kenyataan sedemikian)... (orang) Melayu baginya malas melainkan dia, kaum India dan Cina itu dianggap kurang setia kepada negara, kecuali beberapa kroni dia.

“Saya anggap itu kenyataan sangat tidak bertanggungjawab, kita bantah. Bagi saya mana-mana rakyat yang setia kita harus menghormati tidak kira mana-mana kaum,” katanya selepas pelancaran Program Kecerdasan Buatan (AI) untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada 16 Januari, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Baru-baru ini, satu portal berita melaporkan Dr Mahathir mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran televisyen satelit di India.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, pula berkata Dr Mahathir tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan kesetiaan masyarakat India di negara ini dan kenyataan sensitif yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini tidak perlu dilayan sama sekali.

Parti itu, katanya, mengambil pendekatan untuk tidak melayan kenyataan sensitif yang dikeluarkan itu, malah akan menumpukan fokus kepada perkara lain yang lebih penting.

“Kesetiaan ini adalah satu konsep yang tiada kena-mengena dengan Tun M (Tun Mahathir) kerana dia tak setia pada Umno, dia tak setia pada Bersatu, dia tak setia pada Pakatan Harapan yang melantiknya sebagai Perdana Menteri pada 2018.

“Kita tak nak komen pada orang yang tak faham erti setia, jadi kalau dia cakap soal kesetiaan, biarlah dia cakap kalau dia faham dia pun setia, tak payahlah (untuk dilayan) kita ada kerja lain,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >