Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mahathir akui tidak suka KJ kerana bertanding lawan anaknya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mahathir akui tidak suka KJ kerana bertanding lawan anaknya

Nov 14, 2023 | 11:38 AM



PETALING JAYA: Mantan Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap yang menampilkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menarik perhatian ramai dengan banyak cebisan episod itu tular di media sosial antaranya dengan Encik Khairy bertanya “Kenapa Tun tak suka saya?”.


Dr. Mahathir agak tergamam dan ketika menjawab soalan itu memaklumkan beliau tidak menyukai Encik Khairy kerana beliau bertanding dengan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Pasal awak bertanding dengan anak saya, ibu mentua awak berkempen untuk awak. Itu yang saya diberitahu,” kata Dr. Mahathir dalam rakaman bersama Encik Khairy dan mantan Ketua Penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan.

Jawapan Dr Mahathir itu membuat Encik Khairy, yang juga sering disapa sebagai KJ, terkejut dan tertawa kecil. “Mana ada Tun?” balas beliau. “Orang ceritalah,” jawab Dr Mahathir.

Dr Mahathir bagaimanapun meminta agar perkara itu tidak dibincang lebih panjang apabila Encik Khairy turut menyangkal dakwaan mengaitkan ibu mertuanya itu.

Encik Khairy pada Mac 2009, menewaskan Encik Mukhriz dan mantan Menteri Besar Selangor Khir Toyo dalam pertarungan tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikenali sebagai Pak Lah sebulan kemudian meletak jawatan sebagai perdana menteri dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai timbalan perdana menteri ketika itu. Datuk Najib tidak melantik Encik Khairy sebagai anggota kabinet, dan sebaliknya menamakan Encik Mukhriz sebagai timbalan menteri perdagangan dan industri antarabangsa.

Encik Khairy juga cuba mempertahankan bapa mentuanya, Tun Abdullah mengenai hubungan pemimpin itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya rasa perbezaan itu perbezaan polisi. Betul, mungkin Tun ada tulis dari segi tidak tegas untuk kedaulatan dan sebagainya,” kata Encik Khairy.

Dr. Mahathir berkata, Tun Abdullah juga tidak menunaikan janji yang telah dibuat berhubung rel landasan berkembar dan isu jambatan menyebabkan beliau berfikiran Tun Abdullah membenci dirinya.

“Saya kecewa dengan janji, sebab itu saya berpendapat bahawa Abdullah masih benci kepada saya, dia tidak tunai janji. Itu buat saya kecewa dengannya,” tambahnya.

Dalam sesi lain, Dr Mahathir mengakui beliau menggunakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan sedar parti itu juga mahu menggunakannya dalam usaha menjatuhkan Datuk Najib.

Dr Mahathir berkata kerjasama dengan DAP itu didorong oleh keinginan bersama untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 atas dasar ‘musuh kepada musuh anda adalah rakan anda’.

Pada 9 Mei 2018, PH mencipta sejarah baharu dalam politik negara apabila berjaya menamatkan penguasaan BN selepas 60 tahun gabungan diterajui Umno dan Datuk Najib sebagai presiden merangkap Pengerusi BN ketika itu, mentadbir negara.

Ditanya mengenai masa depan Malaysia, mantan Presiden Umno itu berpandangan sekiranya keadaan sekarang berterusan, beliau menjangkakan dalam masa 10 tahun lagi orang Melayu akan dipinggirkan dan Malaysia bukan lagi menjadi tanah Melayu.

“Bila saya kata dalam masa 20 tahun Umno akan rosak, ia berlaku. Dalam masa sekian, sekian, ia terjadi. Sekarang ini, saya nampak dalam 10 tahun, negara kita ini berubah dan bukan lagi Tanah Melayu,” kata Dr Mahathir. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >