Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kerajaan turunkan harga beras putih tempatan di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan turunkan harga beras putih tempatan di M’sia

Mar 20, 2024 | 12:10 PM



PUTRAJAYA: Harga beras putih import (BPI) di Malaysia diturunkan antara RM2 ($0.57) dengan RM3 berkuat kuasa 20 Mac.


Harga BPI di pasaran Malaysia ketika ini adalah antara RM38 dengan RM45 untuk pek 10 kilogram (kg) dan dengan pengumuman kadar harga baru itu, harga BPI bagi 10kg akan berkurangan kepada RM35.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam satu kenyataannya berkata keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Bil 1/2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dibuat sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran, susulan pengumuman harga BPI oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 1 September 2023.

“Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat Naccol bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada Rabu, 20 Mac 2024.

“Kerajaan optimis inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang,” katanya, lapor The Star.


Datuk Mohamad menambah, untuk meningkatkan pengedaran BPT di pasaran, kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

Oleh itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara bagi memastikan semua inisiatif diumum dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam meluaskan jaringan pengedaran BPT, Datuk Mohamad berkata aktiviti Jualan Agro Madani yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga akan diperluaskan dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program.

“Sesungguhnya keputusan ini mencerminkan komitmen utuh kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara.

“Semua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >