Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Kes 23 maut apabila pusat tahfiz dijilat api pada 2017 adalah jenayah terancang’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Kes 23 maut apabila pusat tahfiz dijilat api pada 2017 adalah jenayah terancang’

Timbalan Pendakwa Raya kemuka hujah bagi insiden ngeri di mana mayat 21 pelajar, dua guru Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur ditemui rentong, lemas akibat asap tebal
Mar 21, 2024 | 04:47 PM



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan diberitahu kejadian kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, tujuh tahun lalu adalah jenayah terancang sehingga mengorbankan nyawa 23 anak tahfiz yang ditemui rentung sehingga tidak dapat dicam pihak bomba.


Timbalan Pendakwa Raya How Mei Ling pada 21 Mac berhujah seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu adalah mangsa kekejaman yang sangat serius kerana dibakar hidup-hidup, manakala sebahagiannya lemas akibat asap dalam kejadian pada 2017 itu.

Katanya, keterangan menunjukkan dua tong gas masing-masing seberat 14 kilogram (kg) diletakkan di depan pintu bilik asrama adalah satu-satunya jalan keluar, sebelum melepaskan gas ketika penghuninya sedang nyenyak tidur.

“Pelakunya memilih untuk meletakkan kedua-dua tong gas di tingkat dua, bukan di bahagian halaman tingkat bawah kerana menyedari aras berkenaan menempatkan bilik asrama.

“Perbuatan pelaku adalah satu jenayah terancang yang mengorbankan penghuni pusat tahfiz itu dalam satu malam,” katanya ketika berhujah dalam rayuan seorang pemuda berusia 22 tahun yang disabitkan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu.

Lelaki berkenaan merayu perintah dan sabitan ditahan dipenjara selama mana yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong diketepikan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac menolak rayuan akhir pemuda itu dan dia kekal ditahan di penjara selama mana yang diperkenan Agong, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Dua lagi hakim ialah Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.

Dalam penghujahannya, Cik Mei Ling memohon perintah itu dikekalkan dengan mengambil kira faktor kepentingan awam serta kepentingan keluarga yang menghantar anak mereka berusia antara enam dengan 16 tahun ke pusat tahfiz berkenaan.

Beliau turut menggambarkan rentetan kejadian berhubung penemuan mayat semua mangsa dalam keadaan rentung sambil berpelukan kerana dibakar hidup-hidup, serta tidak boleh keluar dan hanya menunggu untuk diselamatkan.

Katanya, keadaan mayat mangsa sangat menyayat hati sehingga menggagalkan usaha pengecaman oleh pihak bomba dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terpaksa dilakukan.

“Ketika pihak bomba tiba, tiada lagi bunyi teriakan... yang tinggal hanya suasana sepi yang menyeramkan,” katanya.

Terdahulu, Cik Mei Ling berhujah, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan ikut keadaan yang kukuh bahawa pemuda itu bertanggungjawab menyebabkan kebakaran itu.

Hujah beliau, perayu adalah pihak yang bertanggungjawab memanjat pagar di belakang tahfiz untuk memulakan kebakaran dan perbuatan itu dilihat oleh dua saksi penting pendakwaan iaitu ‘SP68’ dan ‘SP69’.

Katanya, tiada asas bahawa kedua-dua saksi itu berniat jahat memerangkap perayu dengan memberi keterangan sedemikian kerana mereka bersahabat baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >