Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Guru didakwa lakukan gangguan seksual 3 pelajar ditahan sebelum berlepas tunai umrah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Guru didakwa lakukan gangguan seksual 3 pelajar ditahan sebelum berlepas tunai umrah

Jan 12, 2024 | 05:10 PM



HULU SELANGOR: Mahu tunai umrah selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya.

Itu tindakan seorang guru berusia 26 tahun yang didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah maahad tahfiz di Batang Kali, di sini.

Difahamkan, tiga pelajar lelaki berusia lingkungan lapan hingga 11 tahun menjadi mangsa gangguan seksual sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, perjalanan suspek ke Tanah Suci tidak kesampaian apabila dia ditahan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Januari, lapor Berita Harian Malaysia.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata lelaki itu diberkas sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, pada 10.45 malam.

Beliau berkata, penahanan dibuat berdasarkan hasil risikan dan maklumat polis.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Semua mangsa yang terlibat adalah pelajar suspek sendiri di maahad tahfiz berkenaan,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian Malaysia.


Superintendan Ahmad Faizal berkata suspek dibawa ke IPD Hulu Selangor untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >