Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh, bakar teman wanita hamil: Reman suspek dilanjut

May 29, 2023 | 2:10 PM
KES DISIASAT: Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias menunjukan imbasan ultrabunyi yang dipercayai milik mangsa dalam kejadian kes bunuh dan bakar seorang wanita berusia 21 tahun pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pada Jumaat.
KES DISIASAT: Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias menunjukan imbasan ultrabunyi yang dipercayai milik mangsa dalam kejadian kes bunuh dan bakar seorang wanita berusia 21 tahun pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pada Jumaat. - Foto BERNAMA

SUNGAI BESAR: Polis akan membuat permohonan lanjutan reman ke atas suspek yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil, sebelum membakar mayat mangsa di kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata permohonan lanjutan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu akan dibuat pada Isnin. Beliau berkata, suspek direman enam hari sebelum ini dan akan berakhir pada Isnin.

“Kita akan membawa lelaki itu ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi esok (Isnin) (bagi memohon reman dilanjutkan),” katanya dalam kenyataan, lewat Ahad.

Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes wanita hamil empat bulan dipercayai kekasihnya, yang mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau di sini, 23 Mei lalu.

Pembunuhan dipercayai berpunca daripada suspek yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa berusia 21 tahun. Pasangan itu dipercayai menjalin hubungan selama setahun.

Mangsa merupakan pelayan restoran manakala suspek merupakan bekas penuntut kolej. Polis percaya suspek telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu sebelum dipukul di kepala dan dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Jumaat lalu, Superintendan Agus Salim berkata punca kematian disahkan akibat luka tikaman di dada  selain badan yang melecur. Keputusan itu diperoleh selepas bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Superintendan Agus Salim berkata, tindakan orang ramai menyebarkan spekulasi hanya akan mengganggu siasatan.

“Kebelakangan ini, polis mendapat pelbagai maklum balas orang awam dengan pelbagai maklumat disebar menerusi media sosial. Orang ramai diingatkan tidak menularkan sebarang komen atau kenyataan tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas individu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan pendakwaan boleh dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg