Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh sumbat dalam guni, 3 lelaki dituduh di mahkamah pada Rabu

Aug 16, 2023 | 12:41 PM
BAKAL DIDAKWA: Asisten Komisioner (AC) A A Anbalagan  berkata tiga lelaki dijadual didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu.
BAKAL DIDAKWA: Asisten Komisioner (AC) A A Anbalagan berkata tiga lelaki dijadual didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu. - Foto BH ONLINE

SERDANG: Tiga lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kematian kerani kewangan yang mayatnya disumbat di dalam guni plastik di sebuah premis stor buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, pada 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (AC) A A Anbalagan berkata tiga lelaki terbabit dijadual didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu.

“Kertas siasatan kes terbabit sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk dituduh.

“Kita akan tuduh tiga lelaki dan masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Tambi Chai di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

“10 lagi suspek yang ditahan sebelum ini dijadikan sebagai saksi pendakwaan dan akan diikat dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593),” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kesan pukulan objek tumpul di seluruh badan menjadi punca kematian kerani kewangan berkenaan.

Susulan itu, polis menahan 13 individu termasuk tiga wanita di sekitar Lembah Klang pada 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh lelaki warga India berusia 41 tahun itu yang bekerja di syarikat besi buruk berkenaan.

AC Anbalagan dipetik sebagai berkata bahawa tiga suspek wanita yang juga ahli keluarga majikan mangsa dibebaskan sebelum ini selepas keterangan mereka dirakam.

Katanya, 10 lagi suspek adalah majikan yang juga suspek utama serta ahli keluarganya selain rakan mangsa iaitu pekerja majikan berusia lingkungan 20-an hingga 58 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg