Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ketua Polis M’sia ingatkan anggota jangan ‘conteng arang ke muka’ PDRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ketua Polis M’sia ingatkan anggota jangan ‘conteng arang ke muka’ PDRM

Feb 09, 2024 | 11:10 AM



KUALA LUMPUR: Kejadian jenayah dan salah laku oleh segelintir pegawai dan anggota yang dilaporkan baru-baru ini, ‘menconteng arang ke muka’ pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia merosakkan reputasi dan mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

“Saya sekali lagi ingin mengulangi dan memberi peringatan kepada diri saya dan penyelia di semua peringkat untuk bertanggungjawab dalam mengawal selia pegawai serta anggota masing-masing dari semua sudut.

“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penyelia yang didapati gagal dalam penyeliaan seperti termaktub dalam Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan KPN anjuran Jabatan Pengurusan di Bukit Aman, pada 9 Februari.

Isu pelanggaran tatatertib yang mencemarkan imej PDRM antaranya seorang pegawai kanan polis ditahan terbabit kes bunuh secara langgar pelajar Tingkatan Lima di Perak; kekerasan terhadap lelaki oleh Ketua Polis Balai di Perak; dan dua anggota terbabit kes samun serta rogol pelajar warga asing dalam kereta peronda di Selangor.

Selain itu dua anggota ditahan disyaki terbabit kes samun di Terengganu; lima pegawai ditahan memiliki ketum di Melaka.

Turut dikesan lima anggota ditahan terbabit kes pemerasan pekerja kilang di Pulau Pinang; penemuan wang tunai RM3,753 daripada seorang sarjan ketika mengadakan sekatan jalan di Selangor; seorang anggota disiasat menyimpan ‘hongbao’ di Kuala Lumpur dan lapan anggota ditahan terbabit pemerasan di Johor.

Tan Sri Razarudin berkata tindakan tegas perlu diambil oleh segenap lapisan untuk mengelak insiden sedemikian berulang.

“Integriti kekal sebagai keutamaan yang perlu menjadi budaya seluruh warga PDRM. Kita perlu menjiwai, menghayati dan membudayakan nilai integriti dalam setiap aspek penugasan.

“Integriti yang utuh dan tatakelola baik akan menjadi benteng kepada kita daripada terjebak melakukan kemungkaran sekali gus dapat mengecilkan serta menutup segala ruang melakukan rasuah atau salah laku,” tegasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >