Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tiga anggota Polis Trafik ditahan kes minta RM100

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiga anggota Polis Trafik ditahan kes minta RM100

Jan 31, 2024 | 01:24 PM



IPOH: Tiga anggota Polis Trafik ditahan reman tiga hari mulai 30 Januari bagi siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga Britain untuk menyelesaikan saman trafik baru-baru ini.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang ditahan itu berusia antara 37 dengan 42 tahun.

Beliau berkata ketiga-tiganya kini dalam tahanan reman bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu.

“Siasatan kes itu diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan lengkap nanti.

“Selain itu siasatan dalaman juga dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

“JSPT Perak terkesan video berkenaannya apabila anggota trafik itu menahan pelancong yang dalam edisi Jelajah Malaysia dan menawarkan bayaran saman dengan menerima suapan RM100,” katanya menerusi satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Mohd Yusri mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti anggota yang terbabit dalam kejadian tular itu yang membabitkan pasangan pelancong itu yang juga pencipta kandungan media sosial YouTube bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Pemilik akaun laman sosial X bernama @TREADtheglobe yang dipercayai dimiliki pasangan pelancong dari Britain yang dikenali di YouTube sebagai UK Van Lifers itu telah memuatnaik hantaran ciapan bahawa mereka sudah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia bantu berikan kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan itu.


Dalam satu kes berasingan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mengesahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan susulan video tular pelancong warga Australia yang menunggang motosikal didakwa membayar RM100 kepada anggotanya di Pulau Langkawi untuk mengelak dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Penolong Pesuruhjaya Shariman Ashari, berkata pihaknya mengesan video tular berkaitan perkara itu di platform YouTube dan media sosial.

“Polis telah mengesan satu video tular mengenai dakwaan seorang penunggang motosikal pelancong asing tidak memakai topi keledar dan membuat pembayaran RM100.


“Tindakan itu bagi mengelak (pelancong terbabit) daripada dibawa ke balai polis dan disaman (kerana melakukan kesalahan) di Pulau Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >