Kompleks imigresen Bukit Chagar bakal lancar pergerakan rentas sempadan Johor-S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kompleks imigresen Bukit Chagar bakal lancar pergerakan rentas sempadan Johor-S’pura

Proses imigresen lebih cepat dan tersusun seiring operasi RTS Link
Feb 9, 2026 | 1:51 PM

Kompleks imigresen Bukit Chagar bakal lancar pergerakan rentas sempadan Johor-S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Johor, Bukit Chagar, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan, rentas sempadan, Singapura, tren, RTS, ICQC
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh. - Foto FACEBOOK FAZLI SALLEH

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQC) Bukit Chagar bakal menjadi nadi utama baru pergerakan rentas sempadan Johor-Singapura, seiring pembangunan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) yang dijangka mengubah cara orang ramai berulang-alik setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perhatian umum sering tertumpu kepada tren RTS Link, namun kemudahan pelepasan sempadan di ICQC Bukit Chagar memainkan peranan yang sama penting.

“Bila kita sebut pasal RTS Link, tumpuan kita selalunya pada tren yang laju. Tapi ada satu lagi nadi utama yang bakal mengubah cara kita berulang-alik, iaitu ICQC Bukit Chagar,” katanya dalam satu kenyataan pada 8 Februari.

Menurutnya, antara cabaran utama rakyat yang berulang-alik setiap hari ialah proses imigresen yang mengambil masa panjang, terutama pada waktu sibuk.

“Antara perkara paling memenatkan bila nak ke Singapura atau balik ke Johor adalah proses imigresen yang kadang-kadang mengambil masa. Kita mahukan sistem yang lebih sistematik, lebih cepat dan tidak menyusahkan,” katanya.

Beliau berkata ICQC Bukit Chagar bukan sekadar bangunan pemeriksaan biasa, sebaliknya direka bagi memastikan aliran pelepasan sempadan lebih teratur tanpa kesesakan barisan yang tidak menentu.

“ICQC Bukit Chagar ini bukan sekadar bangunan CIQ biasa. Ia direka untuk memastikan urusan pelepasan sempadan kita lebih teratur dan tidak perlu lagi bersesak dalam barisan yang tak menentu,” katanya.

Bagi pengguna yang memandu ke stesen berkenaan, beliau berkata kemudahan tempat meletak kereta turut disediakan.

“Menjelang suku keempat 2026, sebanyak 800 ruang meletak kereta akan tersedia di dalam kompleks ini. Sementara menunggu perjalanan, orang ramai boleh singgah di ruang komersial dan pusat beli-belah yang disediakan,” katanya.

Menurut Encik Mohamad Fazli, pembangunan ICQC Bukit Chagar merupakan transformasi besar terhadap mobiliti rakyat negeri itu.

“Kita mahu jadikan perjalanan harian rakyat bukan lagi satu bebanan tetapi satu perjalanan yang selesa,” katanya.

Beliau menambah pembangunan tersebut mencerminkan usaha kerajaan negeri menyediakan prasarana yang lebih tersusun untuk generasi akan datang.

“Inilah standard baru untuk Johor. Kita bangunkan prasarana negeri ini bukan untuk maju pada nama atau slogan sahaja tetapi untuk pastikan generasi akan datang dapat menikmati hasil pembangunan yang lebih tersusun dan selesa,” katanya.

ICQC Bukit Chagar dibangunkan sebagai sebahagian komponen utama RTS Link dengan pendekatan pergerakan lebih lancar, pantas dan tersusun, sekali gus menjadikan perjalanan rentas sempadan bukan lagi bebanan, sebaliknya pengalaman perjalanan yang lebih sistematik dan selesa bagi pengguna harian.

Dijadual siap menjelang akhir 2026, RTS Link akan mempunyai kapasiti sekitar 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.

Setelah siap, ia akan mengurangkan kesesakan di kededua pusat pemeriksaan darat yang menyaksikan aliran trafik harian sekitar 300,000 orang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg