Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kondo mewah di Selangor jadi stor dadah dalam kes rampasan dadah terbesar RM14.15j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kondo mewah di Selangor jadi stor dadah dalam kes rampasan dadah terbesar RM14.15j

Mar 21, 2024 | 02:49 PM



KAJANG: Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kondominium mewah di Kajang, Selangor, sebagai stor terbongkar selepas diserbu polis yang membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan dan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM14.15 juta ($4.02 juta).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin, berkata dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 1.8 juta penagih dan direkodkan sebagai rampasan dadah terbesar di Malaysia bagi 2024.

Menerusi serbuan pertama di satu tempat letak kenderaan di tingkat dua sebuah kondominium, beliau berkata polis menahan dua lelaki tempatan bersama 62.7 kilogram (kg) dadah syabu dalam kereta dinaiki mereka pada 19 Mac.

Katanya, hasil soal siasat awal ke atas dua suspek berusia 33 dan 44 tahun itu, polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman di kondominium sama yang dijadikan stor dadah.

“Modus operandi sindiket itu adalah menjadikan kondominium sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan dengan menggunakan kereta untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang,” katanya lapor Sinar Harian.


Datuk Khaw berkata sindiket tersebut turut menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah ke negara jiran.

“Dalam serbuan itu, kami merampas dadah syabu seberat 333.443 kg, serbuk methylenedioxy-methamphetamine (6.07 kg), pil erimin 5 (8.1 kg) dan pil ekstasi (15.7 kg). Ia merupakan rampasan terbesar yang berjaya dilakukan pasukan polis setakat ini,” katanya.

Tambah Datuk Khaw, saringan awal pihak polis mendapati kededua suspek negatif dadah.

“Semakan rekod jenayah mendapati seorang suspek mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan dadah,” katanya.

Beliau berkata tindakan juga diambil untuk JSJN menyita sebuah kenderaan yang digunakan sindiket yang dianggarkan bernilai RM38,000.

“Kedua-dua suspek yang berperanan sebagai penjaga stor, runner (penghantar) dadah dan transporter (pengangkut) dadah direman enam hari bermula 20 hingga 25 Mac bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Menurut Datuk Khaw, JSJN meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian khususnya dalang sindiket yang masih bebas untuk dibawa ke muka pengadilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >