Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Polis M’sia rampas RM7.6j dadah dalam tiga kondo mewah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia rampas RM7.6j dadah dalam tiga kondo mewah

Feb 22, 2024 | 10:48 AM



KUALA LUMPUR: Satu sindiket dikesan menyewa tiga kondominium mewah dengan kawalan ketat untuk menyimpan stok dadah yang diseludup masuk dari negara jiran sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang serta ke Sabah dan Sarawak.


Modus operandi sindiket itu berjaya dibongkar hasil risikan dan siasatan sebelum dua serbuan berasingan dijalankan di tiga kondominium terbabit yang terletak di sekitar Cheras, pada 14 Februari lalu.

Menerusi serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu, polis merampas lebih 182 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM7.6 juta ($2.13 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata menerusi serbuan itu polis turut menahan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 26 dan 41 tahun.

Katanya, rampasan dadah terdiri daripada 134.87kg syabu, pil erimin 5 (8.25kg), pil ekstasi (25.54kg), ketamin (8.26kg) dan serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 6.05kg.


“Menerusi serbuan itu juga, kami menemui satu pistol tiruan jenis ‘airsoft’..., selain rampasan dua kereta Mercedes Benz E350 dan Hyundai Sonata serta satu jam, dengan nilai rampasan RM163,300.

“Siasatan mendapati seorang suspek berperanan sebagai dalang utama dan penyelaras manakala seorang lagi suspek dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dadah serta ‘runner’ (penghantar dadah).

“Ketika serbuan di sebuah kondominium, seorang daripada suspek sedang membungkus dadah yang dipercayai untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada 21 Februari.

Datuk Mohd Kamarudin berkata siasatan mendapati sindiket ini dipercayai mula aktif sejak pertengahan 2023 dan modus operandi yang digunakan adalah menjadikan kondominium mewah sebagai stor simpanan dadah.

Dalam pada itu, ujarnya, sindiket itu menyewa tiga kondominium mewah kosong dengan sewa RM2,500 sebulan dan memilih kondominium yang mempunyai sistem kawalan ketat bagi menyukarkan pemeriksaan pihak berkuasa.

“Melalui bungkusan dadah itu, kami percaya bekalan dadah ini diperoleh daripada Myanmar dan dibawa masuk melalui Thailand.

“Dadah ini seterusnya kami percaya diseludup masuk ke Malaysia dengan menggunakan jalan darat, sama ada melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam atau Sungai Golok, Kelantan,” katanya.

Mengenai dua suspek yang ditahan, seorang daripadanya dikesan mempunyai 22 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-duanya negatif.


Tambah beliau, jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh kira-kira 850,000 penagih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >