SPH Logo mobile
Langgan|

Kos santan meningkat: Peniaga henti jual laksam, laksa lemak di Kelantan

Kos santan meningkat: Peniaga henti jual laksam, laksa lemak di Kelantan

Apr 29, 2025 | 10:11 PM

Kos santan meningkat: Peniaga henti jual laksam, laksa lemak di Kelantan

laksa, Kelantan, santan
Peniaga laksam dan laksa lemak dalam daerah Gua Musang, Kelantan, Malaysia, terpaksa menghentikan jualan hidangan berkenaan berikutan kenaikan harga santan segar yang mencecah hingga RM20 ($6) sekilogram. - Foto ST

Peniaga laksam dan laksa lemak dalam daerah Gua Musang, Kelantan, Malaysia, terpaksa menghentikan jualan hidangan berkenaan berikutan kenaikan harga santan segar yang mencecah hingga RM20 ($6) sekilogram sejak seminggu lalu.

Menurut pembuat laksam dan laksa lemak, Cik Miswati Yah, 40 tahun, sejak hampir sebulan lalu, beliau terpaksa menghentikan jualan kerana ketiadaan santan dan harga bahan itu yang mahal.

Katanya, sejak awal Syawal, santan semakin sukar diperoleh dan terpaksa membeli kelapa dan memprosesnya sendiri untuk santan, lapor Berita Harian Malaysia.

“Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram, namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan, saya terpaksa membelinya.

“Saya menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 dengan RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga,” katanya.

Katanya, beliau tidak menggunakan santan kotak kerana makanan tidak dapat bertahan lama dan cepat basi.

Bagi peniaga gerai makanan, Cik Zalina Abdul Rahman, 43 tahun, sejak berlaku masalah santan yang mahal, ramai pembuat kuih mengurangkan jumlah makanan dan ada dalam kalangan mereka yang tidak lagi meletakkan makanan berasaskan santan di gerainya.

Katanya, ramai pembuat kuih yang terkesan dengan kenaikan harga santan dan kelapa sehingga terpaksa menghentikan pembuatan bahan makanan berasaskan santan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg