Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kronologi kes pelajar sekolah dilanggar mati di Ipoh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kronologi kes pelajar sekolah dilanggar mati di Ipoh

Dec 20, 2023 | 09:31 AM



IPOH: Berikut adalah kronologi kes kematian pelajar Tingkatan Lima yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun, akibat dilanggar kereta berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, pada 15 Disember.


15 Disember


12.05 Tengah hari:


Insiden berlaku ketika ibu bapa mahu mengambil anak pulang dari sekolah, selain lokasi terletak berdekatan masjid yang menjadi tumpuan orang ramai untuk solat Jumaat.

Mangsa dikatakan telah ‘rem’ (memulas pendikit motosikal) sehingga menyebabkan bunyi bising keluar dari ekzos motosikal yang difahamkan kepunyaan rakannya.

Ia didakwa mencetuskan kemarahan suspek yang difahamkan sedang menunggu untuk mengambil isterinya yang juga guru di SMK Jati, iaitu tempat mangsa bersekolah.

Isteri suspek didakwa menyifatkan suaminya itu sebagai ‘panas baran dan tidak boleh mendengar orang rem motosikal’.

Kereta dipandu suspek didakwa mengejar motosikal ditunggang mangsa sejauh kira-kira satu kilometer di kawasan sekitar, sebelum melanggarnya.

Kakak mangsa yang juga jururawat dan kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian sempat memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa yang separuh sedar akibat kecederaan parah.

Bapa mangsa yang berniaga di restoran berhampiran turut hadir di lokasi.

12.40 tengah hari:


Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan ambulans yang tiba di tempat kejadian.

6.30 petang:


Proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dengan kematian mangsa didapati berpunca daripada kecederaan pada bahagian dada dan perut akibat kemalangan jalan raya.

8.00 malam:


Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar.

16 Disember


Keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Kakak mangsa turut memberi keterangan sebagai saksi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, memaklumkan tujuh individu sudah tampil memberi keterangan.

Di kawasan pusat bandar Ipoh pula, poster bagi meminta keadilan buat arwah mula dinaikkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasat adil dan telus akan dilakukan membabitkan semua sudut berhubung kes berkenaan.

17 Disember


Datuk Seri Mohd Yusri mengesahkan suspek yang juga pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan, negatif atau bebas pengaruh dadah.

Keluarga mangsa mengesahkan sudah melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematiannya.

Datuk Seri Mohd Yusri kemudian mengesahkan pihaknya sudah merakam keterangan 22 saksi bagi membantu siasatan kes.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan bahawa suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 18 Disember mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jabatan itu berkata ia mendapati terdapat “keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.”

18 Disember


Pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh di hadapan Majistret S Punitha

Kes akan disebut lagi pada 7 Februari, sementara menunggu beberapa laporan termasuk laporan kimia tertuduh. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >