Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laung azan maghrib 4 minit awal, pengurusan masjid di Selangor mohon maaf

Apr 1, 2024 | 12:46 PM
Gambar hiasan
Gambar hiasan - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pengurusan Masjid Prima Saujana Kajang, Selangor, memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan maghrib empat minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac kerana masalah teknikal.

Nazir masjid berkenaan, Encik Mohamad Asri Harun, dalam satu kenyataan berkata jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan maghrib daripada masjid tersebut untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

“Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Perkara sama berlaku pada Ramadan 2023.

Pada 8 April 2023, Sinar Harian melaporkan pengurusan Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, Kedah, memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan maghrib dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac 2023.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan umat Islam yang berbuka puasa berpandukan kepada azan maghrib di masjid tersebut pada 30 Mac lalu wajib menggantikan puasa atau qada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg