Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki dakwa hilang 2 kaki akibat kecuaian hospital di M’sia fail saman RM55j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki dakwa hilang 2 kaki akibat kecuaian hospital di M’sia fail saman RM55j

Apr 16, 2024 | 01:15 PM



SHAH ALAM: Seorang jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Selangor, yang kehilangan kedua belah kaki akibat kecuaian doktor bedah di sebuah hospital memfailkan tuntutan saman RM55 juta ($15.64 juta).

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Encik Isman Ibrahim, 41 tahun, yang menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas mendakwa menjadi mangsa kesilapan doktor bedah sebuah rangkaian hospital terkemuka di negara ini.

“Saya masuk (hospital) sebab apendiks, tetapi sebab mereka cuai, kaki saya hilang,” katanya lapor Kosmo!.


Kata Encik Isman, insiden menyayat hati itu berlaku selepas beliau menjalani pembedahan di hospital tersebut selepas pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati menghidap apendiks pada Jun 2019.

“Prosedur pembedahan itu tidak berjalan dengan baik apabila doktor yang membedah saya disyaki telah menebuk dan mengikat saluran darah utama sehingga menyebabkan kedua-dua kaki saya menjadi hitam atau gangrene.

“Hospital tersebut kemudiannya telah memindahkan saya ke sebuah hospital swasta lain. Pemeriksaan lanjut kemudiannya menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa,” ceritanya.

Menurut anak kelapan daripada 11 beradik itu, perkara tersebut diketahui apabila perbualan yang dirakamnya dengan salah seorang pakar bius yang terlibat dalam pembedahan tersebut memaklumkan 90 peratus kemungkinan disebabkan cuai tercucuk pada salur darah itu.

Ujar Encik Isman, pemotongan kedua-dua kaki dibuat pada paras paha, selain perlu menjalani pembedahan pintasan saluran darah kekal bagi memastikan bahagian kekal dua kakinya boleh bergerak.

“Semasa semua ini terjadi, isteri saya sedang mengandung anak keempat kami. Hati siapa tidak sedih apabila melihat diri sudah tidak seperti dulu.

“Selama 10 hari terpaksa sorokkan nasib menimpa saya daripada tiga anak yang lain sebelum mereka yang hadir kemudiannya turut menangis melihat keadaan terbaru ayah mereka,” katanya.

Menurutnya, susulan kecuaian pakar bedah hospital berkenaan juga mengakibatkan beliau mengalami sakit saraf yang amat sangat selama tiga jam selang dua hari.

“Tidur saya tidak lagi sempurna sejak lima tahun lalu. Setiap selang dua hari bermula 2 pagi saya akan mengalami kesakitan. Bahagian alat kelamin saya juga terganggu dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat.

“Saya nekad bawa kes ini ke mahkamah untuk membongkar isu kecuaian pihak hospital. Saya pasti banyak kes didiamkan dan berharap mereka yang senasib tampil,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Encik Firhat Muhd Fikri yang mewakili Encik Isman memaklumkan tuntutan saman awal adalah RM55 juta dan pemfailan semula bagi memastikan kebajikan anak guamnya terjamin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >