Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua beranak maut, kereta diseret lori di Selangor

Jan 23, 2024 | 10:33 AM
TERSELAMAT: Mangsa yang terselamat dan mengalami cedera ringan dalam kemalangan maut membabitkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis, Nur Irdina Wafa Safrol Nizam, 16 tahun, ditenangkan ahli keluarga di Hospital Banting.
TERSELAMAT: Mangsa yang terselamat dan mengalami cedera ringan dalam kemalangan maut membabitkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis, Nur Irdina Wafa Safrol Nizam, 16 tahun, ditenangkan ahli keluarga di Hospital Banting. - Foto BERNAMA

BANTING (Selangor): Dua beranak maut dalam satu kemalangan di Jalan Banting-Dengkil dekat Sungai Manggis di sini pada pagi 22 Januari.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kemalangan berpunca daripada satu lori hilang kawalan, dipercayai mempunyai masalah brek dan melanggar empat kereta.

Polis menahan pemandu lori berusia 47 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

“Semakan mendapati pemandu itu juga tiada rekod saman mahupun jenayah,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Superintendan Ahmad Ridhwan berkata mangsa maut daripada kereta dinaiki seorang wanita berusia 43 bersama dua anak perempuannya yang berusia 16 dan 10 tahun.

Wanita berkenaan bersama anak perempuan yang berusia 10 tahun maut, manakala seorang lagi anak perempuannya cedera ringan.

Beliau meminta saksi kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg