Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa kelar lengan anak tiri, paksa minum air kencing

Jan 23, 2024 | 1:52 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 22 Januari atas dua tuduhan mengelar tangan anak tirinya dan memaksa minum air kencing di sebuah flat pada Disember 2023.

R Segaran, 38 tahun, tidak mengaku bersalah selepas kedua-dua tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Dia didakwa mengelar tangan anak tiri lelakinya yang berusia 14 tahun di satu rumah flat di Dang Wangi pada 5 pagi pada 15 Disember 2023.

Dia turut berdepan tuduhan memaksa anak tiri perempuannya yang berusia 10 tahun meminum air kencing melalui botol pada 7 pagi pada hari berikutnya di tempat sama, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Bagi kedua-dua kesalahan, Segaran didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 ($14,157) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang dengan keselamatan kedua-dua mangsa jika tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 28 Februari untuk sebutan kes.

Dalam satu kes berasingan, seorang tukang masak dihukum penjara 246 bulan (20 tahun, 6 bulan) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Muar pada 22 Januari atas kesalahan memiliki senjata api, pedang samurai serta dadah, empat tahun lalu.

Tan Wei Sheng, 30 tahun, berhadapan empat tuduhan dengan tiga daripadanya berkaitan senjata api dan senjata tajam, membuat pengakuan itu selepas tuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon, lapor BHM.

Mengikut tuduhan pilihan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol jenis CZ 75 Compact CAL 9 Luger buatan Republik Czech dan enam butir peluru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg