Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dipercayai lemas di Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Dec 16, 2023 | 2:58 PM
LEMAS: Encik Mohammad Khairie Shaari, 32 tahun, dipercayai lemas di pantai Tanjung Rhu, menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari.
LEMAS: Encik Mohammad Khairie Shaari, 32 tahun, dipercayai lemas di pantai Tanjung Rhu, menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari. - Foto LANGKAWI.COM

ALOR SETAR: Seorang lelaki dipercayai lemas selepas orang ramai melihat beliau melambai-lambai meminta pertolongan di perairan Pantai Tanjung Rhu di Langkawi pada petang 15 Disember.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shariman Ashari, mengenal pasti mangsa sebagai Mohammad Khairie Shaari, 32 tahun, yang bekerja di kedai tukang emas di pulau itu.

“Polis menerima maklumat orang awam pada 6.16 petang mengenai kejadian seseorang yang dilihat terkapai-kapai melambai meminta tolong di tengah laut, di luar Pantai Tanjung Rhu, sebelum orang itu dipercayai lemas.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui sebuah kereta Proton Satria yang tidak berkunci mengandungi beberapa barangan peribadi, kunci kereta dan kad pengenalan dipercayai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan pada 16 Disember.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan 40 pegawai dan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kemudiannya dilancarkan.

Beliau berkata operasi yang ditangguhkan pada 10 malam 15 Disember disambung semula pada 16 Disember.

“Polis telah menghubungi keluarga mangsa yang mengesahkan mangsa yang meminjam kereta kakaknya baru bekerja di Langkawi,” katanya lagi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg