Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki Malaysia terima wang ringgit dari mesin ATM dengan mesej sayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki Malaysia terima wang ringgit dari mesin ATM dengan mesej sayu

Feb 23, 2024 | 02:32 PM



KUANTAN (Pahang): Meskipun nilai mata wang Ringgit merosot berbanding dolar Singapura, ia tetap bernilai, lebih-lebih lagi pada pandangan mata individu yang lebih memerlukannya.


Tetapi di sebalik nilai mata wang, nilai muka mata wang daripada peninggalan orang tersayang sememangnya tidak ternilai.

Demikian apa yang berlaku pada seorang lelaki warga Malaysia apabila beliau mengeluarkan duit dari mesin ATM.

Salah satu daripada wang tunai bernilai RM50 ($14) mempunyai nota yang ditulis dengan pensel dengan catatan: “Duit last (terakhir) ayah bagi pada 11 Mei 2020, Al-Fatihah”.


Mesej tersebut barangkali ditujukan kepada ayah seorang individu yang mungkin telah meninggal dunia.

Dalam satu hantaran Facebook pada 20 Februari daripada Tuah Lim, beliau menyatakan mungkin pemilik asal “inginkan semula duit tersebut” setelah mengeluarkannya dari mesin ATM.







Akhbar The Straits Times melaporkan, pemilik akaun Facebook itu – yang nama sebenarnya adalah Encik Azfarul Zainol Akmar – berkata beliau mengeluarkan wang dari mesin ATM di kios minyak Jalan Gambang pada 19 Februari dan hanya sedar akan nota tersebut apabila pulang ke rumah.


Beliau menjelaskan: “Saya tiba-tiba rasa sedih apabila terkenang tentang pemilik wang tunai yang mungkin perlu menggunakannya meskipun ia memberi nilai yang bermakna dan sentimental.. serta kenangan bersama si ayah.”

Hantaran yang dimuat naik beliau setakat ini telah dikongsi lebih 12,000 kali dan beberapa warga net mencadangkan untuk membuat hantaran tersebut tular supaya ia mendapat perhatian pemilik atau penulis nota itu.

Encik Azfarul berkata wang ringgit itu akan kekal bersamanya dan tidak akan menggunakan duit itu sehinggalah pemilik asal telah dijumpai.

“Ini adalah janji saya,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >