Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lelaki maut selepas pokok besar tumbang di KL, hempap 17 kenderaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki maut selepas pokok besar tumbang di KL, hempap 17 kenderaan

May 07, 2024 | 06:36 PM



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki, 47 tahun, terkorban dan seorang lagi pemuda lelaki tercedera selepas sebatang pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail, di hadapan Hotel Shangri-La, di Kuala Lumpur (KL) pada petang 7 Mei.

Jabatan Bomba dan Penyelamat KL mengesahkan kejadian itu melibatkan sebuah pokok besar yang tumbang dan menghempap 17 kenderaan, landasan monorel serta kemudahan awam.

Beberapa video rakaman dalam kereta yang disebarkan di media sosial menunjukkan kejadian tersebut berlaku ketika cuaca sedang hujan.







Pokok kelihatan setinggi sekurang-kurangnya lima tingkat – berdasarkan ketinggian bangunan di sebelahnya – tumbang ketika aliran lalu lintas kelihatan berjalan dengan perlahan.

JBPM KL berkata ia menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang.

Bomba KL dalam kenyataannya berkata terdapat dua orang mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh anggotanya.

Mangsa pertama seorang lelaki Melayu berumur 47 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala mangsa kedua merupakan seorang lelaki Melayu berumur 26 tahun, telah diserahkan kepada petugas KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.







Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhammad Amirudin bin Mohd Hassan, terdapat dua orang mangsa lelaki yang terlibat dalam kejadian itu berjaya diselamatkan oleh anggota Bomba.

JBPM KL berkata seramai 20 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Titiwangsa telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama tiga kereta bomba sebaik dihubungi.

Penguasa Kanan Bomba (PgKB) I, M. Fatta bin M. Amin, setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.

“Insiden tersebut turut melibatkan kerosakan fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan,” kata Bomba KL sekitar 5.45 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >