Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta dihempap pokok besar di Bukit Panjang

Apr 17, 2024 | 5:18 PM
Kereta berwarna putih dihempap pokok di Chestnut Avenue pada 13 April.
Kereta berwarna putih dihempap pokok di Chestnut Avenue pada 13 April. - Foto Facebook/SGRoadVigilante

Sebuah kereta kelihatan kemik selepas dihempap pokok besar yang tumbang dekat Chestnut Avenue pada 13 April.

Satu video rakaman dalam kenderaan menunjukkan bonet dan atap kereta berwarna putih itu dihempap batang pokok tersebut.

Video itu, yang dimuat naik dalam laman Facebook, SG Road Vigilante, telah mencatatkan lebih 60,000 tontonan sehingga kini.

Tiada orang berada dalam kereta itu ketika kejadian itu berlaku.

Seorang jurucakap Lembaga Taman Negara (NParks) berkata kepada The Straits Times batang sepohon pokok Albizia terletak di Chestnut Nature Park telah patah sekitar 5 petang 13 April.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Kawasan terjejas turut dibersihkan sehingga 7.30 malam pada hari itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg