Seorang lelaki patah kaki kanan dihempap pokok yang ditebangnya di Kampung Jongok Batu, Dungun, Terengganu, Malaysia, pada pagi 2 Mei.
Kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi ketika Encik Mohd Subari Abd Rahman, 45 tahun, menebang pokok untuk membuat arang, dengan ditemani isteri, lapor Berita Harian Malaysia.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Encik Mohd Izzuddin Mahmood, berkata batang pokok yang ditebang dikatakan tiba-tiba jatuh dan mangsa gagal mengelak sebelum ditimpa.
“Mangsa cedera pada kaki kanan akibat kejadian itu dan isterinya kemudian menghubungi bomba.
“Enam anggota bergegas ke lokasi sebelum membantu mangsa yang kemudian dibawa ke kawasan selamat menggunakan pengusung.
“Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut,” katanya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg