Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas maut dirempuh pikap ketika balik dari surau di Terengganu

Apr 28, 2025 | 12:24 PM
Motosikal jenis Honda Wave selepas dirempuh pikap Ford Ranger di Jalan Pengkalan Arang, Kuala Terengganu malam tadi. 
Motosikal jenis Honda Wave selepas dirempuh pikap Ford Ranger di Jalan Pengkalan Arang, Kuala Terengganu malam tadi.  - Foto PDRM

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas maut dirempuh pikap ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam Ahad.

Dalam nahas pada 9.35 malam, mangsa Encik Ali Mohamaed, 77 tahun, yang menunggang motosikal jenis Honda Waze meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal keluar secara tiba-tiba dari bahu kiri jalan dan melintas masuk ke laluan sama sebelum dirempuh Ford Renger yang dari arah Kuala Terengganu ke Gong Badak.

“Mangsa dipercayai baru pulang dari surau, maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg